Menjelang hari-hari akhir tempoh haid & nifas, warna darah haid & nifas akan beransur-ansur berubah kepada warna yang lebih cerah. Menurut jumhur ulama, terdapat dua cara untuk mengetahui dan memastikan bahawa seorang wanita itu sudah suci dari darah haid & nifas iaitu: 1. Keluar cecair berwarna putih ( Qassah al-Baidha’ Setelah warna darah telah beransur-ansur berubah menjadi warna cerah, pada hari terakhir haid, akan keluarlah sejenis cecair berwarna putih dari qubul wanita. Hal ini dibuktikan melalui hadith daripada Aisyah r.anha: “Beberapa wanita mengirim kain kapas berwarna kekuningan bekas darah haid. Mereka bertanya, ‘Apakah mereka sudah boleh mengerjakan solat?’ Mendengar soalan itu, Aisyah menjawab: ‘Jangan terburu-buru hingga kamu melihat cairan berwarna putih’” (Riwayat Malik) 2. Kering ( Jaff ) Selain dari petanda keluarnya cairan berwarna putih dari qubul wanita yang suci dari haid & nifas, terdapat satu lagi petanda suci iai
Comments
Post a Comment