Posts

Showing posts from January, 2021

Part 3: Istihalah dan Istihlak dalam Pembuatan Ubat Clexane

Image
 Saya sebenarnya dalam proses menunggu CO-SV saya siap memeriksa tesis saya yang berjumlah 350 muka surat. Dengan kesibukan beliau, saya berdoa Allah melapangkan waktu buat beliau agar mempercepatkan revision ke atas tesis saya. Saya juga mengejar Tarikh yang diberi oleh university. Harap-harapnya saya berjaya menyerahkan tesis kepada Universiti akhir Feb 2021. Tolong doakan saya ya kawan-kawan. Jadi, sementara menanti, saya fikir ada baiknya juga saya menulis secara santai. Selain itu, saya manfaatkan peluang medsos untuk berbisnes kecil-kecilan. Baiklah, dalam kajian tesis saya, kedua-dua metodologi ini turut dijadikan sebagai prinsip Syariah dalam berdepan dengan isu khinzir yang menjadi asas kepada ubat pencair darah tersebut walaupun kedua-duanya hanyalah sebagai justifikasi sokongan sahaja bukan yang utama. Perlu diketahui ya, istihalah dan istihlak ini antara isu sensitive dan tidak diterima oleh Mazhab Syafie dalam proses pengeluaran ( istinbat ) hukum. Mazhab Syafie hanya

Part 2: Berkenalan dengan 3 Jenis Ubat Pencair Darah yang digunakan di Malaysia kepada Ibu Mengandung dan Selepas Bersalin

Image
Tajuk semalam tidak habis lagi saya kupas. Hanya 'surface' sahaja. Harap tidak ada yang tersilap faham. Sebab itu tajuk ini dijadikan tajuk PhD kerana kupasannya perlu lebih mendalam dan tidak bias . Kali ini juga tidak masuk lagi pada perbincangan fiqah/syariah kerana sebelum untuk mengeluarkan hukum fiqah atau fatwa tidak boleh terburu-buru sebelum mendalami dengan teliti apa kandungan ubat-ubat pencair darah tersebut. Bukan sahaja dari segi kandungan, fiqh waqi' dan fiqh awlawiyat juga perlu di teliti juga. Baiklah, ubat pencair darah ini banyak jenis sebenarnya. Namun, 3 jenis anticoagulant (pencair darah) yang diluluskan oleh KKM untuk digunakan ke atas wanita mengandung di Malaysia ialah LMWH, UFH dan Fondaparinux. Berikut ialah rumusan saya secara ringkas mengenai ketiga-tiga ubat pencair darah tersebut:      Low molecular weight heparin (LMWH) 1. Low molecular weight heparin (LMWH) - porcine base (berasaskan babi) - untuk pencegahan darah beku (VTE/embolism) hanya

Part 1: Ubat pencair darah bermolekul rendah berasaskan babi (Low molecular weight heparin-LMWH) semasa mengandung dan selepas bersalin dari segi perspektif Fiqh

Image
                                     Ini ialah tajuk tesis PhD saya. Tesis masih dalam pemeriksaan co-supervisor, Yang Berbahagia Dr Nur Zaireena Zainal, seorang doktor pakar sakit perempuan O&G dan juga pensyarah medik di FPSK, USIM. Doakan ye semoga dapat dihantar sebelum bulan Mac 2021. Amin.  Kita semua sedia maklum bahawa apa sahaja item atau produk yang berasaskan babi di Malaysia terutamanya akan mendapat perhatian dan liputan yang sengit kerana ia bersumberkan binatang yang diharamkan Allah, bahkan majoriti ulama fiqah menetapkan babi itu najis mughallazah. Najis berat. Malaysia pula sangat agresif dan sensitif dengan bahan-bahan yang tidak halal. Manakan tidak, nama Malaysia disebut dalam satu pencapaian demi satu pencapaian dalam mendepani hub halal peringkat internasional. Bahkan, Malaysia menjadi best example  untuk standard pemakanan halal oleh United Nations sejak 1997 lagi (Shahar et al., 2019). Ubat LMWH ini di bawah kumpulan Enoxaparin Sodium, iaitu kajian kes stud