Posts

Showing posts from August, 2016

Langkah Bermula

Image
Langkah bermula! Dahulu, langkah ini sangat kabur bagiku.  Sekabur kabus menghalang perjalanan kenderaan.  Wajarnya kuhentikan seketika jika sudah terlalu tebal.  Namun, hentian yang sungguh lama merobek diri, dek sangkaku kudrat yang tipis dan bilis, akhirnya mematikan kemahiran ber'pedang', Kadang, tampak sinar menyelit dan menyapa kornea mataku,  kuteruskan langkah, dalam lemah dan longlai, dalam lesu dan galau, dalam miskin dan kedana. Ibarat pahlawan kecil yang tidak mahu berlatih perang. Kuterduduk kemudian terlena. Namun,  Pabila semangat diri dipijak oleh mehnah dan tribulasi, ujian hidup bertalu menembak kutiada melawan, peluru sangat banyak, tidak mahir dioptimumkan, hanya melihat pahlawan-pahlawan lain berperang, melindungi diri dan membina benteng diri, bahkan kubu mereka semakin kebal. Setelah sauh koreksi dihujam jauh nun di lautan hati, Ah! Betapa seorang aku amat rugi, Mengapa sayangkan kelemahan diri, Ma