Susah hati anak orang lebih cepat dari anak kita?
Kita perhatikan, kita terlalu suka compare life kita dengan life orang lain smile emoticon
Biasa sangat, ibu-ibu susah hati apabila tengok anak orang lain lagi 'cepat' dari anak kita smile emoticon (Lainlah kalau anak kita lain macam cthnya authisme or mmg doktor sahkan ada penyakit atau sakit dari kecik).
Saya nasihatkan kpd diri sendiri dan shbh2 semua, usah cemas dan jeles jika anak kita lambat dari anak orang lain.
Sebab?
Sebab ada hikmah lain yang kita x tahu, membuatkan kita selalu tend to compare our children with others.
contohnya:
1. "Kenapa ye anak kita lambat berjalan? Anak dia, 8 bulan dah berlari,"
Usah bersedih hati, tahukah kita, mengikut pakar kanak-kanak, lagi lama bayi itu merangkak, lagi bagus sebab semua anggota tubuh badan anak itu bergerak. Otaknya akan semakin cergas dan cerdas! smile emoticon
2. "Kenapa anak kita x tumbuh gigi lagi. dah 8 bulan dah. anak dia tumbuh gigi masa umur 6 bulan,"
Usah bersedih hati, tahukah kita, menurut doktor kanak-kanak, gusi kanak-kanak itu kuat! smile emoticon
3. "Kenapa la anak kita x boleh bercakap lagi, dah 4 tahun dah, anak dia 9 bulan dah pandai sebut ummi, abi..."
usah bersedih hati, tahukah kita, antara otak kanan dan otak kiri ada satu 'bridge' bernama corpus colosum. bila anak kita lmbt bercakap, maknanya bridge 'corpus colosum' tu x build up at complete lg. bila bridge x complete lagi, maknanya, otak KANAN anak masih mendominasi. dan tahukan orang yang berotak kanan majoriti yg mampu jadi anak yang PINTAR? mmg ada kajian, orang yang berotak kananlah yang ramainya jadi leader of the world. sebab tu, byk kaedah sperti glenn domen, robert titzer, sichida method yang ajar parents spy kembangkan otak KANAN anak? jika anak kita masih tergagap-gagap lagi bercakap, senyumlah Allah bagi peluang untuk kita develop right brain anak. tapi, janganlah sampai x ajar bercakap pula. maksudnya, kita still ajar anak-anak sebut word yang betul tapi jgn gusar jika anak x leh susun ayat dgn betul sebab kdg2, sedang dia bercakap satu benda, bercampur dengan idea lain yang tak terluah nak cerita kat kita smile emoticon
4. "kesian anak kita x ada iPADs, tablet nak main. main dengan pasir, rumput je,"
usah bersedih hati, tahukah kita peringkat anak2 berotak kanan masih kuat atau dominasi, makin banyak mereka bermain dengan pasir, rumput, buih akan merangsang deria rasa mereka. dan mereka akan tumbuh sebagai anak yang peka berbanding dgn gadget canggih hari ini:)
5. seorang ibu yang menerapkan dwilingual atau multilingual kpd anak2 mrk mungkin berkata, "anak saya lmbt bercakap"
usah bersedih hati, sebab anak dwilingual mmg akn lmbt sikit bercakap tapi at 1 point, dialah anak yg dapat byk skill drpd mum dia smile emoticon
sekadar perkongsian ibu anak 4 drpd pemerhatian, pengalaman dan pembacaan....
minta maaf jika tersilap.
usah mengeluh dan terus menghukum anak kita, teruskan jihad mendidik, mendidik dan mendidik.
usah mengeluh dan terus menghukum anak kita, teruskan jihad mendidik, mendidik dan mendidik.
heart emoticon Salam Sayang heart emoticon
Comments
Post a Comment