Saya, keputihan dan GBS
Saya mengalami keputihan sejak dari alam persekolahan menengah lagi. Ketika itu, saya tidak tahu apa itu keputihan? Dan kesannya yang serius akan ibadah solat dan waduk kita. Keadaan berlarutan sehingga universiti. Warna keputihan itu semakin kuning, koko dan kelabu. Sudah tentu ia membuatkan vagina gatal, berbau dan tidak selesa. Namun, saya tidak pernah 'google' cara penyelesaiannyan kerana menganggap tidak akan membawa kepada masalah lain.
Setelah berkahwin, keputihan masih ada. Semasa mengandung anak pertama dan kedua juga masih keluar keputihan itu. Cuma, yang membuatkan saya risau sedikit kali ini ialah cara rembesannya berlainan sedikit terutama semasa mengandung anak kedua. keluarnya keputihan seperti keluar air kencing. Laju, banyak sangat dan warna kuning. Bahkan, semasa solatpun keputihan itu keluar dengan laju sehingga terbit rasa keliru. air kencingkah? haidkah? keputihankah?
Ketika itu, saya berada di perantauan. Syria. Semasa ujian pemeriksaan bulanan antanatal, Doktor Ghufran al-Hissan, doktor perempuan arab yang baik hati itu mengatakan bahawa, itu normal bagi ibu-ibu mengandung. Sesetengah ibu-ibu akan kengalami perkara itu. Namun, jika saya berasa bimbang lagi, Dr Ghufran menawarkan untuk membuatkan swab vagina untuk memastikan apakah ia bahaya atau tidak. Sementelah mendengar keputihan itu biasa dan normal bagi wanita mengandung, saya kemudiannya menolak tawarannya dek tidak mahu membayar lebih. Biasalah hidup di negara orang, bukannya ada duit sangat pun.
Sekembali dari Syria ke Malaysia, Allah izin saya mengandung lagi anak ketiga. Perkara yang sama berlaku. Oh, keputihan lagi. Setelah berlaku sakit kontraksi, air ketuban pecah berwarna kuning dan berbau hanyir. Doktor cakap air ketuban sudah bernanah sebab warna kuning. Dipendekkan cerita saya ke hospital berdekatan dengan tempat penginapan kami sekeluarga ketika itu iaitu Petaling Jaya. Dipendekkan cerita lagi, saya terpaksa dibedah atas beberapa faktor. Pengalaman terburuk dalam hidup seorang wanita apabila terpaksa bersalin secara pembedahan.
Alhamdulillah, lahir seorang putera dengan berat 3.2kg. Bayi saya perlu dimasukkan ke NICU kerana sewaktu keluar dari perut saya, dia tidak menangis. Doktor risau dan terus ditolak ke NICU. Ujian darah saya dan anak dibuat mendapati rahim saya dijangkiti virus GBS.
Apabila saya bertanya kepada doktor apakah punca GBS, doktor hanya bagitahu, dalam dunia ini, 20%-50% wanita memang ada GBS. Dan virus GBS hanya menyerang wanita mengandung sahaja. hurmm..saya tidak berpuas hati dengam jawapan tersebut. Sebab saya nak tahu apakah puncanya?
Saya google and buat research sendiri.
GBS atau nama penuhnya group beta streptococcus. Sejenis bakteria sama seperti bakteria candida. Ya, candida itu keputihan yang biasa. Tetapi GBS pula keputihan yang ada pada ibu-ibu mengandung! That's it! Rupa-rupanya puncanya adalah keputihan!
"GBS, or Group Beta Streptococcus, is an colonization that affects many people and around 1/4 to 1/3 of women in the third trimester of pregnancy. Many people carry this bacteria in their digestive systems with no problem, but it can cause complications in a newborns of mothers who are colonized." (http://wellnessmama.com/8680/avoid-gbs/)
Kepada kaum hawa di luar sana, berhati-hatilah. Apabila keputihan kita luar biasa dan abnormal, ia boleh menyumbang kepada penyakit yang lebih bahaya.
Bahaya ke GBS?
Secara ringkas, apa yang saya dapat dari beberapa url western tersebut GBS BOLEH MEMBAHAYAKAN NYAWA SI ANAK yang baru lahir. Anak boleh stillbirth (mati walaupun berjaya dilahirkan)! Pengalaman saudara kepada ipar saya, ketika kandungannya berusia 5-6 bulan, dia sudah melahirkan anaknya tetapi sayangnya bayi tersebut meninggal. Setelah dibuat pemeriksaan, doktor mengesahkan ibunya dijangkiti GBS juga. Si ibu langsung tidak mengetahui bahawa dia ialah pembawa GBS.
Saya lebih berminat merawat sendiri jangkitan bakteria GBS tadi secara natural healing. Saya mengamalkan beberapa tip yang diberi seperti berikut yang diperolehi dari website wellnessmama.com.
- Took 2,000 mg of Vitamin C in divided doses each day
- Consuming 2 cloves of raw garlic each day by finely mincing them and drinking them down with water
- Consuming at least 1/4 cup of coconut oil daily for its antibacterial/antiviral properties
- Using a diluted apple cider vinegar rinse vaginally each day
- Taking 6+ probiotic capsules a day
- Consuming large amounts of fermented foods and drinks
- Using a garlic clove vaginally for one night (anecdotal evidence supports that this is very effective)
- Consuming soda with warm water daily and using it as a diluted rinse. (this is from my friend's idea.)
Jujur saya katakan, setelah saya mengamalkan gaya pemakanan seperti yang saya beritahu itu, saya membuat test swab vagina dan doktor mengesahkan saya bebas GBS. Alhamdulillah. sejak saya mengamalkan diet probiotik, saya tidak lagi mengalami keputihan alhamdulillah.
Bertindak untuk masa depan yang lebih bahagia:)
Betul sangat. Alhamdulillah walaupun sis cser, baby sihat. Sebab GBS memang bahaya. Saya pun ada keputihan. Memang konsisten dengan vitamin-vitamin Shaklee yang sangat bagus.
ReplyDeleteassalamualaikum puan.
ReplyDeletesy skrg mengandung 30 minggu .semasa usia kandungan 28 minggu sy didapati positive GBS...dan telah diberi antibiotik oleh doktor.Boleh tak puan suggestkan probiotic yg sesuai utk sy gunakan terutama mudah didapati pasaran di Malaysia.
As'salam,sis,nk tnye,sis amalkam semua cara tu dalam sehari ke Ataupun boleh pilih mane2 satu Dan diamalkn sehari?saya telah didiagnose positive gbs,Dan rawatan antibiotic yg dktor bagi saka sekali tidak berkesan..
ReplyDeleteAs'salam,sis,nk tnye,sis amalkam semua cara tu dalam sehari ke Ataupun boleh pilih mane2 satu Dan diamalkn sehari?saya telah didiagnose positive gbs,Dan rawatan antibiotic yg dktor bagi saka sekali tidak berkesan..
ReplyDeleteSemer dlm list tuh kena amalkn setiap hari ke sbb sy da try probiotik mkn 3x sehari n bwg putih dn vitamin c da sbulan tp still keputihan x hilang n masih ada smpai skrg,setiap hari ada discharge since sy preggy ank no 2,skrg ank da 6 bln tp keputihan tetap x hilang,buntu n stress sgt..
ReplyDeleteAssalammualaikum admin, boleh saya suggest utk merawat keputihan boleh juga konsisten guna pantyliner Lexee. insha'Allah dpt membantu. Selain ITU Lexee baik utk menguatkan Rahim dgn adanya pita ion negatif. Boleh Wasap saya 0169784726_zamriah
ReplyDeleteLexee melegakan/mencegah:
ReplyDelete#senggugut #keputihan #haidyangtidakteratur #sakitbelakangpinggang
#jangkitanbakteria #antikanser #stabilkanhormon #menarikdarahbekudalamrahim #buasir #alahan/penyakitkulit #sembelit #masalahcyst/fibroid #kegatalan #masalahprostat #kencingtaklawas #melambatkanmanopause
Wasap zamriah 0169784726
Lexee melegakan/mencegah:
ReplyDelete#senggugut #keputihan #haidyangtidakteratur #sakitbelakangpinggang
#jangkitanbakteria #antikanser #stabilkanhormon #menarikdarahbekudalamrahim #buasir #alahan/penyakitkulit #sembelit #masalahcyst/fibroid #kegatalan #masalahprostat #kencingtaklawas #melambatkanmanopause
Wasap zamriah 0169784726
keto diet reviews for weight loss and muscle gain Garcinia cambogia extract contains the juices from this tiny fruit and is on the market as a weight loss pill. angiospermous tree might inhibit or stop a fat-producing protein known as acid lyase.
ReplyDeleteThere is very little scientific proof to support the employment of this extract to assist with weight loss. consistent with one report, the effectiveness of the extract in semipermanent clinical trials and large-scale studies has not been proved .Although angiospermous tree extract might not aid in weight loss, it doesn't seem to cause several aspect effects once taken in affordable doses. The report on top of conjointly indicated that adverse effects didn't occur with a dietary dose of up to a pair of,800 milligrams (mg) per day.
http://www.cureidea.com/keto-advanced-weight-loss/