Nikah Kontrak a.k.a Nikah Mut’ah
Pernikahan ialah suatu legasi
yang amat mulia di dalam Islam. Daripadanya, lahir generasi yang akan
meneruskan dan memakmurkan maya pada ini. Sudah tentu memakmurkan dan mentadbir
dengan penuh kesejahteraan dan harmoni sesuai dengan kehendak Pencipta alam
ini, Allah s.w.t. Maka, tidak dapat tidak, penerusan generasi umat manusia
melalui pernikahan dipandang tinggi di sisi Islam. Bahkan Islam meletakkan
syarat, rukun, petua untuk memurnikan sebuah rumahtangga.
Apa itu Nikah Kontrak?
Nikah kontrak yang dimaksudkan
ialah nikah mut’ah. Isu ini sudah wujud semasa zaman nubuwwah lagi. Nikah
mut’ah itu terjadi apabila seseorang menikah dengan seorang wanita dalam batas
waktu tertentu, dengan sesuatu pemberian kepadanya, berupa harta, makanan,
pakaian atau yang lainnya. Jika masanya telah selesai, maka dengan sendirinya
mereka berpisah tanpa kata talak dan tanpa warisan.
Dari mana datangnya nikah mut’ah ini? Nikah ini
adalah simbol utama dari fahaman syiah. Imam-imam mazhab syiah menggalakkan
nikah mut’ah ini, bahkan bagi mereka nikah mut’ah ini adalah lebih mulia dari
nikah sahih seperti yang kita dapati dalam kebanyakan hadis-hadis mutawatir dan
sahih.
Hukum Islam tentang Nikah
Mut’ah
Syeikh Muhammad Ali al-Sobuni di dalam
kitabnya, Rawa’I al-Bayan menerangkan bahawa ulama dan fuqaha Islam dari
serata Negara berijmak menyatakan pengharamannya kerana sangat jelas bercanggah
dengan nas-nas syariah berdasarkan al-Quran dan al-hadis. Hanya golongan
Rafidhah dan Syiah yang tidak menyalahi budaya nikah mut’ah atau kontrak ini.
Nas-Nas Syariah pada Awal
Islam
Titik tolak perbezaan utama
hokum nkah mut’ah antara sunni dan syiah terdapat dalam ayat al-Quran:
۞وَٱلۡمُحۡصَنَٰتُ مِنَ ٱلنِّسَآءِ إِلَّا
مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَٰنُكُمۡۖ كِتَٰبَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡۚ وَأُحِلَّ لَكُم مَّا
وَرَآءَ ذَٰلِكُمۡ أَن تَبۡتَغُواْ بِأَمۡوَٰلِكُم مُّحۡصِنِينَ غَيۡرَ
مُسَٰفِحِينَۚ فَمَا ٱسۡتَمۡتَعۡتُم بِهِۦ مِنۡهُنَّ فََٔاتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةٗۚ
وَلَا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ فِيمَا تَرَٰضَيۡتُم بِهِۦ مِنۢ بَعۡدِ ٱلۡفَرِيضَةِۚ
إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمٗا ٢٤
“Dan (diharamkan juga kamu
berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang
kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum
Allah (yang diwajibkan) atas kamu dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan
yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta
kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu
nikmati percampuran dengannya (setelah dia menjadi isteri kamu), maka
berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu
ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah) dan tiadalah kamu berdosa mengenai
sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri),
sesudah ditetapkan mas kahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
Penulis Jurnal Fiqh
Zanariah Nor, pensyarah kanan Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains
Kemanusiaan UPSI menerangkan ini menyatakan berdasarkan Tafsir al-Tabari, فَمَا ٱسۡتَمۡتَعۡتُم itu “merujuk kepada hubungan
kelamin yang diadakan dengan wanita atau isteri yang dinikahi secara sah.”
Nas dari hadis pula
dating dalam pelbagai riwayat antaranya:
1.
Daripada Ali bin Abi talib r.a dia mengatakan
bahawa Rasulullah s.a.w mengharamkan
nikah mut’ah pada Hari Khaybar, iaitu pada hari yang sama Rasulullah
s.a.w mengharamkan memakan daging keldai yang dipelihara,” (Sahih Bukhari,
No. 51, Kitab al-Nikah)
2. Ada
juga riwayat bahawa Rasulullah mengharamkan nikah mut’ah semasa hari Hujjah
al-Wada’ (Sunan Abu Duad, no. 2072, Kitab al-Nikah)
3. Dalam
riwayat yang lain, Rasulullah mengharamkan nikah mut’ah semasa Fathu Makkah.
Pengharaman berlaku di Autas iaitu Wadi di Taif. (Sahih Muslim, No. 18, Kitab
Nikah) :
4. Riwayat
lain menyatakan Rasulullah melarang nikah mut’ah pada Hari Perang Tabuk. Ketika
Rasulullah dan para sahabat dalam perjalanan menuju ke Tabuk dan mereka singgah
di Tabuk. Kemudian, Rasulullah melihat sekelompok wanita mengelilingi umat
Islam. Rasulullah bertanya, “siapakah mereka?” Salah seorang menajwab,
“wanita-wanita itu ialah yang pernah dinikahi secara mut’ah oleh para sahabat.
Rasulullah naik marah sehingga kelihatan
merah dalam matanya. Kemudian, Rasulullah mengisytiharkan pengharaman nikah
mut’ah.” (al-Hazimi, Kitab Itibar al-Bayan al-Nasikh wal mansukh min
al-athar )
Nikah
Mut’ah VS Nikah Sahih
NIKAH
MUT’AH
|
NIKAH
SAHIH
|
Pernikahan
ini bukan perbudakan dan tidak melalui syarat yang sah.
|
Persetubuhan
dihalalkan, bahkan dianjurkan
|
Al-Quran,
al-Hadis, Ijmak, Qias menharamkannya dengan dalil-dalil yang sahih.
|
Al-Quran,
al-Hadis, Ijmak, Qias menyokong dengan dalil-dalil yang sahih.
|
Tiada
Wali
|
Tiada
Wali
|
Tiada
saksi
|
Ada
saksi
|
Tiada
hak warisan harta
|
Ada
hak warisan harta
|
Tiada
kewajipan nafkah ke atas suami kepada wanita yang dinikahi
|
Ada
tanggungjawab nafkah ke atas suami kepada wanita yang menjadi isterinya yang
sah.
|
Tiada
nasab kepada lelaki yang bertanggungjawab
|
Nasab
disandarkan kepada suami yang sah melalui nikah yang sah.
|
Berakhir
dengan tempoh waktu
|
Berakhir
dengan talak dan cerai di tangan suami
|
Tiada
batasan jumlah wanita yang ingin dikahwini
|
Maksimum
diharuskan hanya 4 orang sahaja.
|
Mengapa
Diharamkan Nikah Mut’ah pada Rasional Akal?
a. Bercampurnya nasab,
kerana wanita yang telah dimut’ah oleh seseorang dapat dinikahi lagi oleh anaknya,
dan begitu seterusnya.
b. Disia-siakannya anak
hasil mut’ah tanpa pengawasan ayah atau pengasuhan ibu, seperti anak zina. Hal
ini bercanggah dengan maqasid syariah diutuskan iaitu memelihara keturunan (hifz
al-nasl).
c. Wanita dijadikan seperti barang murahan, pindah dari tangan ke tangan yang lain, dan sebagainya.
c. Wanita dijadikan seperti barang murahan, pindah dari tangan ke tangan yang lain, dan sebagainya.
Dipetik
dari Sinar Harian, Mohd Yaakob bin Mohd Yunus menyatakan, “Menurut ajaran Syiah, nikah mut’ah ini merupakan satu perkara yang
boleh menentukan keimanan penganutnya. Menolak konsep nikah mut’ah
ini menyebabkan seseorang itu menjadi kafir atau murtad. Mohd Yaakob
mendatangkan beberapa riwayat palsu yang dinamakan atas Imam Ja’afar al-Sadiq
seperti yang termaktub dalam kitab-kitab mereka. Cntohnya, Ja’afar al-Sadiq
berkata:
“Bukan
daripada kalangan kami orang yang tidak mempercayai raj’ah (kebangkitan
semula para imam sebelum kiamat untuk menghukum orang yang menentang dan
memusuhi Ahlul Bait) dan tidak menganggap halal mut’ah kita. (Rujuk Man Laa
Yahdhuruhu al-Faqih, jil. 3, ms. 458)”
Daripada
Imam Ja’afar al-Sadiq lagi:
“Bahawa
mut’ah adalah sebahagian daripada agamaku dan agama nenek moyangku. Barang
siapa yang mengamalkannya, bererti dia telah mengamalkan agama kami. Dan yang
mengingkarinya bererti (dia telah) mengingkari agama kami. Bahkan, dia boleh
dianggap beragama dengan selain agama kami. Anak yang dilahirkan menerusi
perkahwinan mut’ah ini lebih utama daripada anak yang dilahirkan melalui nikah
yang tetap. Dan orang yang mengingkari nikah mut’ah, maka dia kafir dan murtad.
(Rujuk Minhajul Qashidin karya Fathullah al-Kasyani, ms. 356)”
Mohd
Yaakob bin Mohd Yunus mengatakan lagi dalam kajiannya bahawa, “Nilai mahar atau
mas kahwin yang perlu dibayar adalah berdasarkan persetujuan pasangan tersebut.
Bahkan menurut ajaran Syiah, ia boleh dibayar dengan hanya segenggam makanan
seperti gandum atau buah kurma.
Hal
ini telah diriwayatkan daripada Abu Ja’afar dan anaknya Ja’afar iaitu (nilai
upah nikah mut’ah adalah) sebanyak satu dirham atau lebih, (ataupun) gandum,
makanan ruji, tepung gandum atau kurma sebanyak satu tapak tangan. (Rujuk al-Furu’
Minal Kafi, jil. 5, ms. 457)”
Konsep
Nikah Mut’ah Sebelum Dilarang
Nikah
mut’ah ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a berbeza dengan
konsep yang diamalkan oleh Syiah. Para sahabat dibenarkan hanya pada waktu
perang kerana pada waktu perang mereka akan hidup membujang dalam jangka waktu
yang panjang. Justeru, untuk mengelakkan berlakuknya maksiat, Islam membenarkan
nikah mut’ah pada ketika itu.
Amalan
zina berleluasa dan sebati dalam masyarakat arab jahiliah sebelum kedatangan
Islam. Iman para sahabat ada yang kuat dan juga lemah. Jadi, nikah mu’ah
dihalalkan ada sebab yang kuat. Kemudiannya, amalan nikah mut’ah ini diharamkan
seperti yang dijelaskan dalam hadis-hadis di atas.
Riwayat
Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, aku mendengar Ibnu Abbas ditanya tentang
bernikah dengan perempuan secara mut’ah lalu beliau membolehkannya. Maka, maula
(hamba) beliau berkata kepadanya: “Sesungguhnya yang demikian itu hanya dalam
keadaan yang terpaksa dan saat jumlah wanita sedikit atau sepertinya.” Maka,
Ibnu Abbas menjawab: “Benar.”
Jadi,
jelaslah kepada kita sekarang bahawa, halalnya nikah mut’ah pada zaman sahabat
sebelum diharamkan sangat jauh berbeza dengan amalan para penganut syiah.
Penganut syiah yang ada hari ini terang benderang menjadikan wanita itu sebagai
objek pemuas nafsu dalam nikah mut’ah dan tampaknya seperti nikah mut’ah ini adalah
medan untuk menghalalkan penzinaan yang terkeji. Na’uzubillah!
Zizi Azlinda Mohd Yusof.
Comments
Post a Comment