Kerana Baginda Kesayangan Ummah
“Malu
rasanya mengatakan cinta, kepada dia kekasih Allah,
Kerana
dia insan mulia, sedangkan diriku insan biasa,”
Lirik nasyid bertajuk Kekasih
Allah yang didendangkan oleh kumpulan Hijaz ini ternyata telah mengetuk
pintu hati penulis tatkala mendengarnya. Rindu mula menyeruak kala tabir sirah
Junjungan Mulia Muhammad SAW dibaca, dikupas dan dihayati. Benar, betapanya
malu dan rendah diri apabila kita menyatakan cinta kepada dia, penghulu para nabi
namun, amalan-amalan kita banyak lagi yang tidak mengikut kecintaan kita yang
mulia di sisi Allah dan manusia.
Kita, ummat Nabi Muhammad S.A.W yang sentiasa banyak
melakukan kesilapan samada disengajakan atau tidak sengaja. Amalan istighfar
dianjurkan Allah dan Rasul-Nya saat berbuat maksiat. Tidak cukup istighfar,
perlu disusuli dengan taubat nasuha dan akujanji tidak akan buat lagi. Sikap
merendah diri kerana kita insan biasa berbanding generasi para sahabat ialah amalan
terpuji. Itulah sikap rendah diri yang positif kerana golongan ini selalu
berusaha menambah ilmu dan mengamalkan sunnah walaupun sekecil-kecil sunnah
seperti menyikat rambut. Namun, jika ada yang terus-terusan berasa rendah diri
yang negatif, mereka akan terus hidup dalam keadaan futur (lemah) dan
tidak muntijah (produktif). ‘Baju’ rendah diri yang negatif inilah yang
dipakaikan oleh syaitan kepada sesetengah orang yang terkeliru.
Dia Memang Insan Mulia!
Hikmah Baginda mentarbiah
dengan lisan dan amal masyarakatnya, melahirkan generasi para sahabat yang
hebat. Ini semua hasil penghayatan Islam secara syumul bukan sekadar
cakap-cakap dan tulis-tulis seperti kita hari ini. Generasi mulia itu pernah
muncul dengan izin Allah dan berkat kesabaran Baginda Rasul.
Sekurang-kurangnya, kita insan biasa pada hari ini merasa madu Islam. Mulianya
Baginda kerana akhlak. Kedatangannya menyempurnakan akhlak kaumnya yang sangat
rosak hinggalah Islam yang dibawa oleh Baginda meresap kuat ke dalam jiwa dan
pemikiran para sahabat r.a seperti air diserap span. Sehinggakan, Syeikh Abdul
Fattah Abu Ghuddah, ulama Syria mencatat di dalam bukunya, “Seandainya
Rasulullah tidak mempunyai satu mukjizat kecuali para sahabat, maka
sesungguhnya keperibadian para sahabat itu telah cukup mengukuhkan status
kenabian.” Masyallah, dahsyat bukan?
Jika benar cinta Nabi,
buktikanlah…
Seringkali kita mendengar,
cinta tidak perlukan syarat. Selalu juga kita baca, orang lelaki kalau cinta
seseorang, 90% bukan pada kata-kata I love you, tetapi suka membuktika
cinta dengan perbuatan. Manakala, orang perempuan yang dianugerahkan emosi
lebih besar dari lelaki, 90% cintanya suka diluahkan dalam bentuk kata-kata.
Tetapi, andai benar cinta kepada Nabi itu ada dalam hati kita, apa buktinya?
Bukti
|
Contoh Tindakan
|
Al-Hubb.
Cinta dan kasih kepada Rasulullah
Ikut (ittiba’). Fattabiouni
yuhbib kumullah.
|
·
Berselawat setiap
hari, bukan sekadar pada hari maulidur rasul.
·
Belajar sirah nabi
tanpa jemu
·
Mengkaji rentetan
berserta dengan tarikh-tarikh peristiwa besar sepanjang dakwah Baginda.
·
Menulis dalam media sosial
tentang kebaikan dan kemuliaan Rasulullah sebagai kudwah hasanah seperti di
dalam facebook, blog dan sebagainya.
·
Mengamalkan sunnah
Baginda dari sekecil-kecil perkara memasuki tandas dengan kaki kiri hingga
sebesar-besar perkara seperti pemerintahan negara.
·
Meninggalkan larangan
atau maksiat dan melakukan suruhan Allah dan Rasul-Nya.
|
3.
Berhati-hati
menyandarkan sesuatu kepada Baginda.
|
·
Meneliti dan
berhati-hati menggunakan hadis maudhuk (palsu) kepada Baginda.
·
Tidak memanjangkan
hadis-hadis yang diragui.
·
Berusaha mempelajari
ilmu perawi hadis bukan sahaja menghafaz matan hadis.
·
Berhati-hati bukan
anti hadis.
|
4.
Cintailah sahabat
Nabi, manusia yang akrab dengan Nabi.
|
·
Membela
sahabat-sahabat Nabi. Dalam kes perselisihan antara para sahabat, maka kita
diamkan sahaja, bukan mencemuh atau menjatuhkan mana-mana sahabat.
·
Tidak membenci dan
mengkafirkan mana-mana sahabat sepertimana yang dilakukan oleh syiah.
|
Semoga
jari-jemari yang menaip setiap patah kata dengan lontaran idea ini adalah orang
yang pertama beramal dengan apa yang diperkatakan. Bukan cakap tidak serupa
bikin kata orang. Dan, semoga kita semua diberi hidayah dan taufik untuk
beramal dengannya.
Sebuah Renungan
Sebagai renungan bersama. Apabila
seorang pencinta sedang kemaruk, pastilah yang keluar dari bibirnya hanyalah
‘apa yang dicintainya’. Seorang yang sedang bercinta dengan insan yang
dicintai, pasti akan sentiasa menyebut-nyebut nama dan perbuatan kekasih
hatinya ketika berbicara dengan orang lain hinggakan termimpi-mimpi! Persoalan
yang sama, jika benar kita mencintai Rasulullah, sedalam manakah atau sebanyak
manakah kita berdoa agar diperkenankan Allah untuk bermimpi berjumpa habibuna
al-Mustofa (kekasih kita yang terpilih) Rasulullah S.A.W? Sejauh manakah
kita sudah berusaha menjadikan Rasulullah sebagai suri teladan hidup kita?
Menggantikan semua ikon atau figura selain Rasulullah? Apa signifikannya kita
soalkan semua ini? Jawapannya, kerana dia insan mulia dan kerana hanya dia sahaja
yang diizinkan Allah memberi syafaat kepada kita di atas siratal mustaqim
nanti. Ya Allah, izinkanlah hati-hati kami yang bersalut noda dan kecintaan
duniawi ini merasai madu merindui kekasih istimewa-Mu, Muhammad S.A.W.
Zizi Azlinda bt Mohd Yusof.
Comments
Post a Comment