Apabila serumah dengan Ipar duai





Uniknya wanita! Diciptakan dengan begitu teliti oleh Yang Maha Teliti, Allah Jalla wa ‘Ala. Dipelihara kesucian diri dan diangkat martabat diri wanita dengan penetapan secara khusus aurat dan adab dirinya sehingga wanita yang memelihara aurat diri akan dikenali dan dihormati lantas tidak diganggui. 

Aurat Wanita Menurut Empat Mazhab Fiqah

Menurut Ulama Damsyiq, Dr Wahbah Zuhaily (1985, Jilid 3, 561-564) di dalam kitabnya yang  masyhur Fiqh Islam wa Adillatuhu, seputar subtopik ‘Lelaki Melihat Perempuan’, kesimpulan tentang had-had aurat wanita yang  boleh dilihat dan haram dilihat oleh lelaki bolehlah dirangkumkan sebagaimana jadual di bawah:
Kategori wanita
Isteri dan hamba perempuan
Wanita yang mahram mu’abbad dikahwini bagi lelaki samada disebabkan nasab, perkahwinan atau susuan; Ibu, Ibu saudara, Ibu mentua, adik/kakak perempuan.
Wanita ajnabi (asing) yang boleh dikahwini, wanita mahram muaqqat; wanita yang tiada pertalian darah, sepupu, ipar duai dan keluarga angkat.
Batas-batas aurat wanita yang dilihat lelaki
Ittifaq Jumhur Ulama:
J  Tiada aurat antara suami dengan isteri dan terhadap hamba wanita. Dibolehkan melihat dan menyentuh seluruh badan isteri/hamba wanita termasuklah faraj menurut ittifaq mazhab meskipun sesetengah pendapat mengatakannya makruh.
1.       Mazhab Hanabilah:
J  Harus melihat anggota badan wanita yang biasa terzahir seperti kepala, rambut, leher, wajah, tapak kaki dan tangan.
L  Tidak boleh melihat yang tersembunyi seperti dada dan belakang wanita terbabit.

2.      Mazhab Hanafiah:
J  Kawasan yang harus dilihat oleh seorang lelaki: wajah, kepala, dada, dari lutut ke tapak kaki dan dari siku ke bahu.
L  Kawasan yang tidak boleh dilihat: Perut dan belakang.

3.      Mazhab Malikiah:
J  Harus melihat wajah dan kakinya sahaja.

4.      Mazhab Syafi’iah:
J  Qaul 1: Seorang  lelaki baligh harus melihat tanpa syahwat kepada wanita mahram muabbad anggota badannya kecuali dari lutut ke pusat.
L  Jika timbul rasa syahwat apabila melihat selain dari lutut ke pusat, haram hukumnya.
L  Qaul 2: Seluruh badan aurat kecuali dua tapak tangan dan wajah.
1.       Mazhab Hanafiah + Mazhab Malikiah:
J  Haram melihat seluruh  badan wanita ajnabi  kecuali wajah dan tapak tangan sahaja.
J  Jika tidak aman dari fitnah, maka tidak boleh melihat wajah wanita ajnabi tersebut kecuali dalam  keadaan darurat sahaja.
J  Boleh melihat wajah dan tangan orang tua tetapi tidak digalakkan kepada para pemuda  melihat wajah dan tangan wanita ajnabi kecuali pada beberapa keadaan darurat sahaja.  

2.      Mazhab Syafi’iah+ Mazhab Hanabilah:
J  Haram melihat kepada wanita ajnabi termasuklah wajah dan tangannya. Hukum ini dituju kepada lelak                   i baligh dan berakal samada tua atau dewasa, khunsa, meskipun dia lemah daya seksualnya, aman dari syahwat atau disertai rasa syahwat.
J  Menutup wajah (memakai purdah) wajib disebabkan ianya maslahah am.
J  Al-Qadhi ‘Iyadh berpendapat: Menutup wajah (memakai purdah) tidak wajib tetapi sunnah dan orang lelaki wajiblah menundukkan pandangannya dari melihat wanita.   

Dalil aurat wanita

1.      Surah  al-Nur 24: 31
“dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
2.      Surah al-Nur 24: 60-61
“dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; Dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”

3.      Menurut satu hadith dari Aishah, pernah kakaknya Asma’ datang menemui Rasulullah s.a.w. dengan pakaian yang nipis. Rasulullah s.a.w. dengan segera memalingkan mukanya dan berkata: “Wahai Asma’, apabila seorang wanita telah baligh, dilarang membuka bahagian badannya kecuali muka dan tangan.” (Abu Daud)
Aurat wanita dengan ipar/sepupu yang tinggal serumah VS ipar/sepupu yang tidak tinggal serumah
“Kitakan satu keluarga, janganlah sampai tidak bersalam atau pakai tudung atau pakai stoking semasa berziarah sesama anak-beranak?! Biar mati anak, jangan mati adat!” Kata orang-orang  melayu Islam yang cetek ilmu agamanya. 

Ipar ialah saudara kepada suami atau isteri contohnya, abang, kakak atau adik kepada suami atau isteri. Ipar duai ini tergolong dalam mahram muaqqat (haram dikahwini bertempoh). Jika bercerai suami isteri, halal bagi bekas suami menikahi adik perempuan atau kakak isteri dan begitu juga sebaliknya.

Sepupu pula anak-anak kepada ibu dan bapa saudara yag mana Islam mengharuskan perkahwinan sesama sepupu.

Dengarkan baik-baik duhai saudara seislamku. Ada pesan Rasul s.a.w buat kita tentang batasan aurat dengan ipar duai. 

Daripada Uqbah bin ‘Amir bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 
“Hati-hatilah kamu masuk kawasan (menemui) wanita. Seorang lelaki dari kaum Ansar berkata: ‘Ya Rasulullah, apa pandanganmu dengan hamwu (bagi wanita, kerabat dari sebelah suaminya seperti bapa mentua, adik-beradik lelaki suaminya, bapa saudara suaminya dan begitulah sebaliknya bagi lelaki)? Rasul menjawab: ‘Hamwu itu maut!’” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ini bermakna, ipar duai tergolong dalam al-hamwu dan wanita perlu lebih berhati-hati menjaga diri dan aurat ketika berada dalam satu rumah kerana fitnah bersama al-hamwu lebih besar dan merbahaya.
Hukum asal (azimah) aurat antara wanita dan lelaki ajnabi ataupun mahram muaqqat samada memperlihat atau bersalaman semasa perayaan dan sebagainya ialah haram. Malangnya, kebanyakan orang Islam bermudah-mudah dengan hukum ini dek kejahilan yang menguasai.

Bolehkah membuka tapak kaki hingga ke buku lali dan sedikit bahagian lengan apabila tinggal serumah dengan ipar duai dan sepupu?

Beralasan memudahkan urusan kerja di dapur seperti membasuh pinggan mangkuk dan keluar masuk bilik? Ya, di sini jelas sekali kepelbagaian mazhab fiqah dari ahli sunnah wal jamaah meleraikan musykilah.
Bagi yang bermazhab Hanafi, memang ijtihad mereka bahawa kaki tidak termasuk aurat kerana kesukaran untuk menjaganya. Namun, ulama syafi’iah yang lebih terkenal dengan sikap lebih teliti dan berhati-hati menetapkan kaki wanita masih termasuk aurat dalam apa keadaan sekalipun. 
 Bagaimanapun, jalan keluar untuk permasalahan ini dinukilkan daripada ulama bermazhab Syafi’iah seperti Dr. Wahbah Zuhaily (Jilid 3, 563) bahawa “apa yang dihalalkan kerana darurat mengikut kadarnya”.  Juga, Dr. Abdul Karim Zaidan (Al-Mufassol, Jilid 3, 200) dalam mentarjihkan (memilih pendapat paling kuat) mengatakan, “hendaklah ditutup kaki dari ajnabi tetapi boleh disingkap sekiranya terdapat hajat/keperluan seperti wanita kampung yang turun ke sawah bendang atau wanita fakir miskin yang tiada kasut untuk dipakai.” 

Jadi, fahamlah kita bahawa diberi keringanan (rukhsah) membuka aurat kaki dan menyingsing sedikit lengan semasa membasuh pinggan mangkuk jika wanita tersebut tinggal serumah dengan ipar duainya atau sepupunya berdasarkan kaedah fiqhiah:

Al-masyaqqah tajlibu al-taisir (kepayahan  membuka kemudahan)

Khusus kaki dan sedikit lengan sahaja…

Keringanan ini terbuka kepada kaki dan sedikit lengan sahaja. Adapun, kepala dan rambut wajib ditutup. Wangian haram dipakai kerana ia boleh menjentik syahwat ipar duai mahupun sepupu yang menetap serumah. Khalwat atau berada berdua sahaja di dalam sebuah rumah antara seorang wanita dengan iparnya atau sepupunya tetap tidak dibolehkan kerana ia bakal mengheret kepada masalah syahwat yang lebih ganas sehingga boleh berakhir kepada zina. Semua situasi di atas berdasarkan kaedah usul fiqh:
Saddu al-zaraa’i (Menutup pintu-pintu keburukan)  

Sebagaimana ittifaq jumhur ulama, perintah hukum asal iaitu wajib menutup seluruh badan kecuali muka dan tangan terus berlaku ke atas ipar duai atau sepupu-sepapat yang tidak tinggal serumah dengan wanita terbabit. Contohnya, sewaktu berziarah saudara-mara terutama meraikan perayaan atau kenduri-kendara seperti menghidang air untuk tetamu, wanita wajiblah menutup batasan aurat seperti yang dijelaskan di atas.    

Dalam kecanggihan globalisasi dan dunia tanpa sempadan, umat Islam diterjah kekeliruan dan kejahilan. Yang sepatutnya ditutup, dibuka dan ditayang. Yang wajib dijauhi, didekati bahkan disentuh dan dinikmati. Semuanya akibat larut dalam kejahilan agama, malas mengkaji dan tidak sampai seru lagi!

Zizi Azlinda Mohd Yusof

Comments

  1. Assalamualaikum..saya (belum berkahwin) sekarang berada dlm dilema kerana kakak dan suaminya mula tinggal dengan kami (keluarga saya selepas abah saya meninggal). Saya tak tahu nak terangkan macam mana saya perlu jaga aurat saya bila suami kakak ada sekali..apa yg patut saya buat sebab saya dpt rasakan yg kakak berhajat tinggal dgn kami sampai bila2..mereka berdua seolah2 tak memahami yg saya perlu sentiasa jaga aurat saya sedangkan saya berada di rumah sendiri..saya berasa betul2 tak selesa

    ReplyDelete
  2. Saya pun hadapi masalah yang sama. Malah lebih parah. Rumah saya tinggal adalah rumah arwah bapa. Saya tinggal bersama kakakx2. Saya & kakak x2 ditakdirkan tiada berjodoh. Ipar lelaki tinggal serumah sejak saya bersekolah lagi masa tu anakx2 nya kecikx2. Sekarang ni semua anakx2 nya dewasa dah berkahwin.

    Bertambah kemelut tinggal serumah, apabila anak lelaki nya bawa sekali bini tinggal serumah dan anak perempuannya pula bawa laki tinggal serumah. Sekarang ni, bukan mahram dah bertambah tinggal serumah/sebumbung Ipar lelaki, anak menantu prp nya, anak menantu lelakinya & Saya & kakak saya yg tak berkahwin lagi.
    Saya & kakakx2 saya lama bertahan, bersabar. Namun tak ada tandax2 pun ahli keluarga tu nak keluar pindah. Abgx2 kandung tak duduk dgn kami krn masingx2 dah berkeluarga dan tinggal dirumah sendiri. Saya dah suarakan ketidak selesaan kami dgn suasana iparx2 tinggal sebumbung. Sukar dan berat bagi kami menjaga aurat sepanjang masa. Kami ckp dah terlalu lama kita adik beradik tanggung dosa dedah aurat sbb kita semua jahil dulu, skrg kita dah tahu tapi tiada apax2 tindakan utk berubah sedangkan umur Kita semua dah umpama "kubur kata mari rumah kata pergi"
    Tak patut kita terus kan & biarkan iparx2 tinggal sebumbung. Dosa berterusan. Cucux2 yg sedang membesar pun akan membesar tanpa peduli jaga aurat sbb dlm suasana tiada peduli hukum Allah.
    Abgx2 saya telah minta baikx2 agar ipar lelaki saya menasihati anakx2 nya keluar cari rumah lain. ( Maksud abgx2 saya termasuklah diri si Ipar tu!!!) tapi Ipar lelaki buat bodoh je. Sudah lah tak mau nasihat & suruh anakx2 keluar malah abg saya yg dah byk bantu hidup free dia org sekeluarga di boikot oleh ipar lelaki saya. Tak mau ckp tak mau tegur abg Saya. Buat tak endah je bila abg saya dtg Ke rumah. Dasar muka tembok, bila susah abgx2 saya lah dia Cari utk pinjam duit. Hutang tak bayarx2. Lampu terbakar pun mintak abg saya settle kan. Halx2 maint rumah dari mak bapak smpai ke Anakx2 tak mau contribute sudahnya adik beradik saya settle kan. Anakx2 & menantux2 Tau nya mkn, tido, nonton tv, main games. Apa punya manusia lah ipar saya tu. Nampak cam alim. Ya lah solat, pandai ngaji, boleh & pernah jadi imam solat berjemaah, lead majlis doa' selanat pun boleh. Herannn.... !!!!, Sungguh !!! bukan dia tak tau hukum & larangan. Malah cari alasan utk dia & anakx2 nya kekal bermukim.

    Wlhal dia dah pun punya rumah sendiri. Disewakan pulak rumah tu. Dia dpt hasil bulanan. Bijak, bijak!!!. Perangai cam yahudi. Kesenangan dunia lebih utama dari hidup dlm barakah. Memang padan lah muka ipar tua kutuk tu, dapat menantu lelaki, biawak hidup. Pandai pulak merungut menantu tak kasi duit. Tak cermin diri, dia jadi menantu mak saya pun, tak pernah mak saya sebut dia kasi duit ( mak saya tak pernah merungut & ungkit langsung).
    Skrg umur ipar saya dlm 70an thn pun terpaksa kerja keras cari penumpang ( fahamx2 lah kerja apa tu) sbb nak kasi mkn anakx2 & menantux2 yg tak membantu. Bininya pulak backup abis lakinya & menantu biawak hidup. Nak tau Tak biawak hidup tu kerja apa?. Meh... Nak kabo...menantu biawak hidup tu kerja yg ada
    kaitan bahagian agama Islam. Pelik kann akhlak org camtu.

    Mak bapak pun tau anak menantu jenis perabih duit bini. Itu pun tak sedar lagi sanggup mempertahan & pelihara biawak hidup untuk tinggal bersamax2. Tak kan lah nak kami berkongsi pelihara binatang tu. Tak de faedah binatang tu.

    Semoga Allah beri hidayah dan buka kan hati hati mereka berhijrah berpindah ke rumah lain. Tolonglah ya Allah jgn biar kami berdosa terusan. Beri aku & saudarax2 ku kesabaran. Pindah keluarkan lah mereka dari rumah & tanah arwah bapa kami. Agar kami dpt hidup berakoh dan dlm rahmat mu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petanda Suci Selepas Haid & Nifas

Solat & Wuduk Wanita Yang Bermasalah Keputihan

Part 2: Berkenalan dengan 3 Jenis Ubat Pencair Darah yang digunakan di Malaysia kepada Ibu Mengandung dan Selepas Bersalin