Posts

Showing posts from June, 2015

Apabila serumah dengan Ipar duai

Image
Uniknya wanita! Diciptakan dengan begitu teliti oleh Yang Maha Teliti, Allah Jalla wa ‘Ala. Dipelihara kesucian diri dan diangkat martabat diri wanita dengan penetapan secara khusus aurat dan adab dirinya sehingga wanita yang memelihara aurat diri akan dikenali dan dihormati lantas tidak diganggui.  Aurat Wanita Menurut Empat Mazhab Fiqah Menurut Ulama Damsyiq, Dr Wahbah Zuhaily (1985, Jilid 3, 561-564) di dalam kitabnya yang   masyhur Fiqh Islam wa Adillatuhu , seputar subtopik ‘Lelaki Melihat Perempuan’, kesimpulan tentang had-had aurat wanita yang   boleh dilihat dan haram dilihat oleh lelaki bolehlah dirangkumkan sebagaimana jadual di bawah: Kategori wanita Isteri dan hamba perempuan Wanita yang mahram mu’abbad dikahwini bagi lelaki samada disebabkan nasab, perkahwinan atau susuan; Ibu, Ibu saudara, Ibu mentua, adik/kakak perempuan. Wanita ajnabi (asing) yang boleh dikahwini, wanita mahram muaqqat ; wanita yang tiada pertalian darah

CELIK MATA HATI

Image
Situasi 1 Apabila pulang ke rumah dari tempat kerja, kepenatan masih terasa walaupun sepanjang hari bekerja di dalam pejabat berhawa dingin. Selepas menunaikan solat fardu Maghrib dan Isyak, badan direbahkan di atas sofa sambil menonton rancangan televisyen. Muncullah rancangan-rancangan yang pelbagai. Hidangan kepada akal dan hati. Sayangnya, kebanyakan rancangan yang diatur banyak mengandungi serangan-serangan saraf yang boleh mengikis keimanan kita kepada Allah SWT. Namun, ramai manusia menonton dengan mata kasar tetapi tidak dengan mata hati. TV A, pelakon wanita dan lelaki berani beraksi menyalahi syariat Islam. TV B, rancangan-rancangan yang kononnya cuba memaparkan realiti kehidupan metropolitan mendorong manusia berkata, “Inilah cara hidup kami!”, “Inilah realiti hidup masyarakat Kuala Lumpur!” Pelakon pula berkata, “Dah pengarah suruh berlakon macam itu!”, “ Sekarangkan dah moden, kami boleh pakai apa yang kami suka!” Walaupun sedang menonton televisy

Kerana Baginda Kesayangan Ummah

Image
“Malu rasanya mengatakan cinta, kepada dia kekasih Allah, Kerana dia insan mulia, sedangkan diriku insan biasa,”   Lirik nasyid bertajuk Kekasih Allah yang didendangkan oleh kumpulan Hijaz ini ternyata telah mengetuk pintu hati penulis tatkala mendengarnya. Rindu mula menyeruak kala tabir sirah Junjungan Mulia Muhammad SAW dibaca, dikupas dan dihayati. Benar, betapanya malu dan rendah diri apabila kita menyatakan cinta kepada dia, penghulu para nabi namun, amalan-amalan kita banyak lagi yang tidak mengikut kecintaan kita yang mulia di sisi Allah dan manusia.             Kita, ummat Nabi Muhammad S.A.W yang sentiasa banyak melakukan kesilapan samada disengajakan atau tidak sengaja. Amalan istighfar dianjurkan Allah dan Rasul-Nya saat berbuat maksiat. Tidak cukup istighfar, perlu disusuli dengan taubat nasuha dan akujanji tidak akan buat lagi. Sikap merendah diri kerana kita insan biasa berbanding generasi para sahabat ialah amalan terpuji. Itulah sikap rendah diri