Apabila Isteri Sudah Bencikan Suaminya…
Pernah saya ditanya oleh
seorang ibu beranak dua tentang apakah tindakan yang sepatutnya dibuat apabila
dia sudah bosan dan tawar hati dengan suaminya yang bermasalah. Masalah dari
sudut agama dan akhlaknya yang tidak meningkat-ningkat. Solat pun tidak. Balik
rumah seminggu sekali apabila dirinya hubungan jenis diperlukan. Pernah pula
suaminya ini ditangkap oleh isterinya sendiri berdua-duaan di dalam pejabatnya
dengan seorang rakan kerja wanita ketika tiada seorangpun di dalamnya. Semoga
ibu ini diberi taufik dan terlepas dari belenggu itu. Amin.
Islam memberi kuasa kepada
suami untuk menceraikan isteri jika isterinya nusyuz dan tidak mahu berubah
setelah dilaksanakan semua langkah-langkah didikan untuk membetulkan perangai
isteri nusyuz ini. Bagaimana pula jika si suami pula mempunyai masalah dari
segi agama dan akhlak yang tidak memuaskan hati si isteri sepertimana kes di
atas.
Jika kebencian dan
ketidakpuasan hati daripada pihak suami, maka dia berhak menceraikan isteri dan
terdapat beberapa ketetapan-ketetapan yang wajib dipatuhi oleh si suami setelah
bercerai. Namun, andai kebencian dan ketidakpuasan hati daripada pihak isteri,
maka Islam mengharuskannya menamatkan perkahwinan mereka dengan khuluk atau
orang melayu memanggilnya sebagai tebus talak.
Dr. Yusof al-Qaradawi di dalam
bukunya, Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan mengutarakan
beberapa jalan yang telah disediakan oleh syarak apabila timbul persoalan si
isteri sudah bosan dengan suaminya yang cuai dalam melaksanakan tanggungjawab
sebagai ketua keluarga, mengabaikan nafkah kepada keluarga ataupun bermasalah
yang melampau dalam ekonomi sehingga tidak mampu memberi nafkah kepada anak dan
isteri.
1. Wanita
boleh meletakkan syarat semasa akad nikah supaya diberi hak untuk
bercerai. Bagaimanapun, hal ini hanya dipersetujui oleh Imam Abu Hanifah dan
Imam Ahmad bin Hanbal. Nas naqli yang menyokong persyaratan semasa akad itu
ialah:
“Syarat
yang paling berhak ditunaikan ialah syarat-syarat yang berkaitan penghalalan
ijmak.” (Muttafaq ‘alaih)
2. Khuluk atau Tebus Talak. Wanita yang sudah tawar
hati kepada suaminya boleh menebus dirinya dari suami dengan mengembalikan
semula mahar yang diambil. Dr Yusof al-Qaradawi menerangkan bahawa pengembalian
semula mahar itu kerana adalah tidak adil jika si isteri ingin berpisah serta
meruntuhkan rumahtangga sedangkan si suami sahaja menanggung kerugian.
Definisi Khuluk.
Menurut Sayyid Sabiq di dalam
kitabnya Fiqh al-Sunnah, fuqaha’ mendefinisikan khuluk sebagai
perpisahan antara lelaki dengan wanitanya dengan memberi wang atau sebagainya yakni tebusan akan
diperolehi oleh si suami. Kalimah al-khuluk terbit dari kalimah ‘menanggalkan
pakaian sekiranya berada pada badannya’. Rasionalnya, kerana wanita ibarat
pakaian kepada lelaki dan lelaki pakaian
kepada wanita.
Pensyariatan Khuluk.
Firman Allah yang dijadikan
dalil pensyariatan khuluk ialah:
“Kalau
kamu khuwatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum
Allah, maka tidaklah mereka berdosa-mengenai bayaran (tebus talak) yang
diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami
akan bayaran itu).” (Surah al-Baqarah 2:
229)
Dalil
daripada hadis yang dijadikan sumber hukum khuluk pula berbunyi:
“Daripada
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa pada suatu hari, isteri Tsabit bin Qais telah
mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang kemarahannya yang amat sangat terhadap
suaminya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Mafhumnya, ‘Adakah kamu telah
menyerahkannya kembali kebunnya?’ (Kebun tersebut ialah mas kahwinnya). Jawab
isteri Tsabit: ‘Ya.’ Lalu Rasulullah s.a.w mengarahkan Tsabit agar mengambil
kembali kebun tersebut dan tidak boleh meminta lebih dari itu.” (Riwayat
Bukhari, al-Nasaie).
Lafaz
Khuluk
Lafaz
khuluk berbunyi daripada pihak suami, “kamu diceraikan dengan sejumlah sekian”
Kemudian si isteri membalas, “Aku terima.” Sayyid Sabiq menjelaskan dengan
lebih teliti bahawa, lafaz sebenarnya mempunyai kedudukan yang unik dan
tersendiri dalam hakikat akad dan maqasidnya. Apabila wujud lafaz itu, jelaslah
kepada kita bahawa khuluk itu membatalkan perkahwinan walau bagaimanapun
kalimah lafaz yang ditutur oleh di suami, hatta dengan lafaz cerai atau talak.
Hendaklah
difahami, bahawa jika si isteri menebus talak, si isteri tidak berhak mendapat mut’ah.
Mut’ah bererti pemberian saguhati daripada pihak suami kepada pihak
isteri setelah berlaku perceraian secara sah. Namun, khuluk menghalang pihak
isteri daripada mendapatkan mut’ah tersebut.
Butir-butir Perbezaan
|
khuluk
|
Cerai
|
Siapa yang memulakan?
|
Isteri yang menuntut di mahkamah
|
Suami yang menjatuhkan talak/cerai
|
Mut’ah
|
Isteri mengembalikan semula mahar dan tidak
berhak mendapat mut’ah.
|
Suami wajib memberi mut’ah, mas kahwin
terhutang.
|
Semasa iddah
|
Semasa dalam iddah selepas lafaz khuluk,
isteri tidak terkesan apa-apa sekiranya suami sekali lagi menjatuhkan talak,
zihar, ila’.
|
Sekiranya dalam iddah selepas cerai, si
isteri masih terkesan sekiranya si suami melafazkan lagi cerai kedua, zihar
dan ila’.
|
Bilakah waktu yang dibenarkan untuk berpisah?
|
Khuluk boleh berlaku semasa haid atau suci.
|
Makruh menjatuhkan talak sewaktu haid.
|
3.
Perceraian melalui dua
hakam. Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran al-Karim;
Suami
isteri yang sedang dilanda persengketaan, maka dibolehkan melantik orang tengah
untuk mendamaikan dan menyatukan mereka kembali. Jika masih panjang jodohnya,
maka Allah akan menyatukan kembali kedua-dua hati pasangan suami isteri
tersebut. Namun, jika si isteri sudah tawar hati, maka pilihan kepada si isteri
samada untuk meneruskan atau membatalkan ikatan.
“dan
jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka
lantiklah “orang tengah” (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari
keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua “orang
tengah” itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan
menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik.” (Surah al-Nisa’ 4 :35)
4.
Perpisahan disebabkan masalah
hubungan kelamin. Jika si suami mempunyai masalah atau penyakit dari segi
hubungan jenis, maka isteri berhak membawanya ke mahkamah untuk mendapatkan perintah
cerai demi mengelakkan kemudaratan. Alangkah adil dan saksama agama Islam
ini. Tidak langsung menindas kaum wanita supaya terus-terusan menderita dalam
hal ini kecuali kesabaran itu datang daripada pihak isteri sendiri sebagai
kesetiaan kepada suaminya.
5.
Berpisah kerana
kemudaratan yang ditanggung oleh isteri. Islam memberi hak kepada kaum wanita
yang dimudaratkan oleh suaminya samada melalui penderaan fizikal, tidak
memberinya nafkah atau menyakitinya untuk menuntut hakim supaya memisahkan
mereka berdua kerana tiada istilah mudarat dan memudaratkan dalam kamus orang
Islam. Kemudian, hakim akan memerintahkan si suami supaya mengucap talak secara
paksa.
Sangat
jelas apabila Allah Taala sendiri berfirman dalam al-Quran:
“janganlah
kamu pegang mereka (rujuk semula dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu
hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka)” (Surah al-Baqarah 2: 231)
Ini
adalah dari kitab fiqah. Berkenaan dengan prosedur dan perlaksanaan mahkamah,
itu bab administrasi yang perlu pihak isteri selesaikan dan bincangkan dengan
pihak mahkamah.
maaf sy ingin bertanya, sekira isteri sudah tawar hati pada suami dan meminta tebus talak, adakah ia mengundang kemurkaan Allah sekiranya si suami enggan melepaskannya pergi?
ReplyDeleteSaya ingin bertanya..jika si isteri mmg terlalu tawar hati dengan si suami..dan si suami plk tidak mahu menceraikan walaupun telah di bawa berbincang..apakh lngkah yg ptt pasangn ini buat...mohon penjelasan
ReplyDeleteSaya ingin bertanya..jika si isteri mmg terlalu tawar hati dengan si suami..dan si suami plk tidak mahu menceraikan walaupun telah di bawa berbincang..apakh lngkah yg ptt pasangn ini buat...mohon penjelasan
ReplyDeleteAssalamualaikum. Mohon maaf krn lambat ye puan. Baru tengok blog. Di dalam islam, dan juga menurut langkah yang digariskan di malaysia ini, si isteri bolehlah ke pejabat agama islam utk meminta pandangan atau nasihat mereka. Pjbt agama biasa ada jwpn jika si isteri yg dirundung mslh sprti ini. Ada sesetengah istri yg mempunyai suami yg bermasalah menuntut khuluk atau kita panggil tebus talak di mahkamah syariah. Tapi khuluk ni, si isteri yg mesti membayar kpd suami mahar. Wallahualam.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Mohon maaf krn lambat ye puan. Baru tengok blog. Di dalam islam, dan juga menurut langkah yang digariskan di malaysia ini, si isteri bolehlah ke pejabat agama islam utk meminta pandangan atau nasihat mereka. Pjbt agama biasa ada jwpn jika si isteri yg dirundung mslh sprti ini. Ada sesetengah istri yg mempunyai suami yg bermasalah menuntut khuluk atau kita panggil tebus talak di mahkamah syariah. Tapi khuluk ni, si isteri yg mesti membayar kpd suami mahar. Wallahualam.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Maafkan sy utk bertanya. Sy mmg sudah tawar hati dgn suami. Hubungan sy lebih pd kasihan kerana suami pnt bekerja.. sy xnk lg menanggung dosa kerana tdk memenuhi kemahuannya. Sy sentiasa mencari alasan utk tdk bersama... tetapi suami tetap tdk mahu melepaskan sy... tolonglah saya... dia juga pernah memberi tahu jika kami berpisah dia tdk mahu ambil tahu berkenaan anak2... apa yg perlu sy lakukan...terimakasih.
ReplyDeleteAssalam puAn..
ReplyDeleteIsteri saya dan saya sedang menunggu sebut kes kami tak lama lagi.isteri saya telah failkan tuntutan cerai tempohhari..masalahnya,isteri saya dah tawar hati demgan saya..oleh sebab saya dulu masa tengah down tidak mempedulikan masalah dia dan rumahtangga..dah banyak kali dia memberi peluang pada saya sehingga titik terakhir..saya dah 2 kali pergi pejabat agama..tapi saya masa tu bersikap ego..sehinggalah isteri saya sudah tak dapat menerImA saya lagi..tapi saya masih sayangkan isteri saya dan anak2. Dan saya dah baeejanji utk berubah tapi dia tetap dengan keputusanya..boleh bagi cpandangan bagaimana lagi sayanak pujuk hatinya..kerana dia bilang dia sudah berdoa, jika saya jodoh terbaik baginya dipanjangkan jodoh tapi jika bukan diminta dihilangkan perasaaan pada saya..saya buntu kerana saya masih sayangkan dia dan tak samggup utk melepaskanya kelak..
Salam tn, boleh saya tahu kesudahan masalah tuan?
DeleteSalam pn, boleh tolong beri pencerahan untuk pihak suami yang mempunyai masalah begini?
Terima Kasih
Assalamualaikum puan azlinda.. Bole tak sy dpt kan email puan kerana sy ingin menyatakan masalah sy serta memerlukan pandangan dari puan kerana sy sudah sudah terlalu buntu dgn mslh sy hadapi. Terima kasih puan.
ReplyDeleteAssalamualaikum puan...saya ingin bertanya apakah yang sepatutnya saya lakukan bila saya mmg sudah hilang rasa thdp suami bila sering terluka..hak diabaikan. makan minum, sakit pening tak ditanya dn dipedulikan. mentang mentang bekerja, saya tanggung diri sendiri. hati juga sering disakiti dgn jwpn kasar dan jika dijawab...akan menjadi jadi kemarahannya. akibat nya saya sering diam. akhirnya ibarat api dalam sekam...saya benci suami dalam diam. saya sudah bertahan selama 26 tahun tapi kini rasanya kesabaran saya semakin menipis. Saya berdoa agr allah bantu saya...tunjukkn jalankeluar jika dy bukan johog saya ke akhir hayat. Jika sebaliknya...berilah kesabaran kpd saya dan perelokkn lah akhlaknya. Puan...berdosakah saya? sesungguhnya kasih syg itu anugerah Allah.saya terima suami kerana org tua tp verusaha taat kpdnya. Namun bila kerap dilukai saya sudah tidak mampu menyayanginya lagi. Saya juga lebih suka sendirian dari bersama nya...berdoakah saya
ReplyDeleteAssalammualaikum puan boleh beri sy add email. Tq
ReplyDeleteboleh tahu cara penyelesaian nya?
ReplyDeleteAssalammualaikum,ustazah... Sya ingin bertanya,tidak berdosakah seorang isteri tawar hati dan berhasrat ingin berpisah dengan suami di sebabkan masalah kewangan...suami banyak hutang sehingga isteri rasa terbeban.nafkah isteri dan anak2 tidak menentu kadang ada kadang tiada...
ReplyDeleteAssalamualikum ustazah,suami saya seorng yg bertangungjawab.mkn pakai saya dan anak² xpernah kurang tp dia dah 2x curang sehinggakan saya dah jadi tawar hati pada suami.saya bertahan demi anak² tanpa ada perasaan syg atau cinta pada suami.bila ditanya tentang bercerai suami akan kata yg dia sygkan saya dan anak². berdosakah saya sebagai isteri tp xada apa² perasaan pada suami saya?
ReplyDelete