Apabila Isteri Sudah Bencikan Suaminya…

Pernah saya ditanya oleh seorang ibu beranak dua tentang apakah tindakan yang sepatutnya dibuat apabila dia sudah bosan dan tawar hati dengan suaminya yang bermasalah. Masalah dari sudut agama dan akhlaknya yang tidak meningkat-ningkat. Solat pun tidak. Balik rumah seminggu sekali apabila dirinya hubungan jenis diperlukan. Pernah pula suaminya ini ditangkap oleh isterinya sendiri berdua-duaan di dalam pejabatnya dengan seorang rakan kerja wanita ketika tiada seorangpun di dalamnya. Semoga ibu ini diberi taufik dan terlepas dari belenggu itu. Amin. Islam memberi kuasa kepada suami untuk menceraikan isteri jika isterinya nusyuz dan tidak mahu berubah setelah dilaksanakan semua langkah-langkah didikan untuk membetulkan perangai isteri nusyuz ini. Bagaimana pula jika si suami pula mempunyai masalah dari segi agama dan akhlak yang tidak memuaskan hati si isteri sepertimana kes di atas. Jika kebencian dan ketidakpuasan hati daripada pihak suami, maka dia berhak menceraikan isteri da