Membaca al-Quran yang Mulia...Pecutan Terakhir ke Garis Penamat!


Semalam, 22 Julai 2014, saya ditugaskan memberi tazkirah ringkas kepada para pelajar siswi di IPTIPS. Saya pilih tajuk di atas untuk disampaikan. Malu sebenarnya kepada Allah, setiap kali hendak bersuara memberi tazkirah. Terkenangkan diri banyak kelemahan dan aib diri. Terasa takut andai apa yang diungkap tidak dilaksanakan dengan anggota badan saya sendiri. Namun, di sana ada peringatan Allah kepada orang beriman.

"Fazakkir innaz zikra tanfa'ul mukminin"
Maksudnya: "Berilah peringatan sesungguhnya peringatan (itu) memberi manfaat kepada orang-orang mukmin."

Moga-moga sayalah orang pertama yang akan melaksanakan apa yang terungkap pada lisan ini.

10 hari Ramadan terakhir ini, kita jadikanlah sebagai pecutan terakhir kita. Bagi yang boleh solat, masih tak berjaya 'catch up' juzuk ke 22 (semalam), marilah kita baca sebanyak-banyaknya. Kurangkan tidur, banyakkan qiam untuk memecut laju ke garisan penamat. Bagi yang sedang haid, tiada salahnya bangkit juga berzikir dan membuat aktiviti keagamaan yang lain. Banyakkan berdoa dan berdoa agar dilepaskan dari belenggu api neraka yang sangat dahsyat. Terus berdoa, agar Allah ampuni dosa-dosa kita dan ibubapa kita. Moga-moga dengan rahmat Allah, selamatlah kita dari azab seksa api neraka.

Malu kita pada seorang adik bernama Musa (video yang saya post yang lalu) dari Bangka Indonesia yang berusia 5 tahun. Menghafal a-Quran pukul 3 pagi untuk murajaah. Menghafal surah baru dari pukul 4 hingga 5 pagi. Adakah antara kita yang bangun untuk baca al-Quran pukul 3 pagi. Kelihatan masing-masing tersenyum segan dengan diri sendiri.

Ya Allah, perkenankanlah agar kami menjadi ahli-Mu. Siapa ahli Allah? Mereka, penghafaz al-Quran.



Comments

Popular posts from this blog

Petanda Suci Selepas Haid & Nifas

Solat & Wuduk Wanita Yang Bermasalah Keputihan

Part 2: Berkenalan dengan 3 Jenis Ubat Pencair Darah yang digunakan di Malaysia kepada Ibu Mengandung dan Selepas Bersalin