Mengapa Susah Bangun Pagi?
Betapa sedih jika bangun dari tidur untuk solat subuh, jam menunjukkan sepuluh minit atau lima belas minit lagi pukul 7.00 pagi! Ya Allah, Subuh tidak solat lagi! Tanpa membuang masa, langkah terhuyung-hayang mengambil berus gigi dan ubat gigi menuju ke bilik air lantas membersihkan diri dan mengambil wuduk. Setelah solat subuh dilaksanakan, hati yang takut kepada Allah bermuhasabah tanpa paksaan. “Mengapa aku bangun lewat hari ini? Patutlah, aku tidak menjaga adab tidur semalam!” atau “Dosa apalah agaknya aku buat semalam yang memberatkan aku bangun lewat hari ini?” “Oh, inikah sahsiah seorang Muslim yang sebenar?” atau “Andai kata ada panggilan jihad sebelum subuh tadi, pasti aku orang yang paling rugi kerana terlepas peluang memburu pahala jihad!”. Ya Allah…Seolah-olah terpadam pelangi keceriaan pada hari itu.
1. Dosa pada Siang Hari Memberatkan Badan
Muhasabahlah, dosa apalah agaknya yang kita lakukan semalam sepanjang siang hari? Memang dosa yang kita lakukan meskipun dosa-dosa kecil mampu memberatkan untuk dari bangkit dari pembaringan. Cuba renungkan, mungkinkah dosa kita menyakiti hati kawan? Menyimpan perasaan hasad dengki terhadap kelebihan dan kegembiraan insan lain? Berasa ujub dan takabbur dengan diri sendiri? Bila kita mula sedari dosa-dosa yang kita lakukan itu samada sengaja atau tidak sengaja, adakah kita bersegera beristighfar (astaghfirullahal’azim) dan beristi’azah (a’uzubillahi min al-syaitanir rajim)?
2. Tidak Ada Persediaan Tidur Yang Baik
Rasulullah s.a.w menunjukkan ikutan yang baik dalam setiap lapangan kehidupan, membuktikan bahawa Islam itu indah! Daripada manusia itu membuka matanya dari tidur hinggalah memejamkannya semula, telah diterangkan gaya hidup seorang Muslim. Sewaktu hendak tidur, beberapa persediaan hendaklah dilakukan agar tidur kita pada malam hari menjadi ibadah kepada Allah Taala seperti berdoa dengan tiga Qul, ayat kursi, doa sebelum tidur, mengucap dua kalimah syahadah, bacaan al-Mulk dan al-Kahfi sebelum tidur, tidak berwudhuk dan tidak bersiwak. Antara hikmah lain, apabila membaca doa sebelum tidur, ialah jasad anak Adam akan dijaga oleh para malaikat Allah, Insya Allah.
3. Tidak Memasang Nekad Melawan Nafsu.
Kemahuan dan keinginan itu menjadikan seorang manusia itu hebat. Nafsu mempunyai beberapa darjat iaitu ammarah, lawwamah dan mutmainnun. Nafsu ammarah dan lawwamah adalah jenis nafsu yang tidak baik manakala nafsu mutmainnun adalah jenis nafsu yang baik. Begitulah pembahagian peringkat-peringkat nafsu yang telah digariskan oleh ulama Islam.(masukkan footnote). Contoh nafsu mutmainnun seperti rasa tamak untuk berbuat kebaikan dan kebajikan. Bangkit mendirikan solat tahajjud pada malam hari yang hening, tanpa dilihat oleh manusia lain merupakan nafsu mutmainnun. Ia mendidik keikhlasan beribadah hanyasanya kepada Allah SWT. Justeru, sukarnya bangun tahajjud sebenarnya membuktikan tiada nekad yang benar-benar bulat untuk berjuang melawan kegilaan nafsu dan pujuk rayu syaitan.
4. Tidak Ada Ilmu Tentang Kehebatan Tahajjud.
Ilmu hujjah dalam kehidupan. Manusia tanpa ilmu akan sesat. Ilmu ibarat imam dan amal itu adalah makmumnya. Betapa urgensinya kepentingan mencari ilmu ditekankan sejak awal-awal lagi dalam Islam melalui perutusan wahyu pertama kepada Rasulullah SAW iaitu surah al-‘Alaq yang berbunyi:
“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Menciptakan, Dia telah menjadikan manusia dari segumpal darah, Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Mulia, Yang Mengajar manusia dengan pena, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah al-‘Alaq 96: 1-5)
Tahajjud satu ibadah yang disyariatkan Allah Taala, padanya
5. Tidak Niat Bangun Solat Tahajjud.
Niat tempatnya di dalam hati. Hati merupakan wadah jatuhnya titik pandangan Allah SWT ke atas manusia. Mukmin akan diganjari pahala apabila terdetik untuk melakukan kebaikan meskipun tidak sempat dilakukan lagi. Bagaimanapun, niat yang ikhlas adalah niat yang dituntut Allah ke atas hamba-Nya. Bukannya niat yang tidak disertai dengan pembuktian amalan daripada si hamba. Maka, bertitik tolak dari ini, marilah sama-sama kita memperbaharui niat untuk bangun solat tahajjud. Dengan mengetahui kelebihan dan kehebatan kesan solat tahajjud kepada si pelakunya, akan membuatkan manusia itu sentiasa rindu untuk menjadi tetamu Allah ketika manusia lain lena diulit mimpi.
Sahabat Umar bin Khathab r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya semua amal disertai niat.
Dan suatu perbuatan yang dilakukan seorang sangat tergantung pada niatnya. Barangsiapa berhijrah karena hendak mencari keridhaan Allah dan rasul-Nya, tnaka keridhaan Allah dan rasul-Nya pulalah yang akan dijumpai. Dan barang-siapa berhijrah karena hendak mencari kekayaan dunia atau karena wanita yang hendak dinikahi, maka apa yang diUiju itulah yang ditemuinya." (HR. Bukhari dan Muslim).
YaAllah, golongkan aku dan keluargaku sebagai ahli fajar yang Dikau berkati! Amin.
ReplyDeleteNAGAQQ | AGEN BANDARQ | BANDARQ ONLINE | ADUQ ONLINE | DOMINOQQ TERBAIK
Yang Merupakan Agen Bandarq, Domino 99, Dan Bandar Poker Online Terpercaya di asia hadir untuk anda semua dengan permainan permainan menarik dan bonus menarik untuk anda semua
Bonus yang diberikan NagaQQ :
* Bonus rollingan 0.5%,setiap senin di bagikannya
* Bonus Refferal 10% + 10%,seumur hidup
* Bonus Jackpot, yang dapat anda dapatkan dengan mudah
* Minimal Depo 15.000
* Minimal WD 20.000
Memegang Gelar atau title sebagai AGEN BANDARQ Terbaik di masanya
Games Yang di Hadirkan NagaQQ :
* Poker Online
* BandarQ
* Domino99
* Bandar Poker
* Bandar66(NEW GAMES)
Info Lebih lanjut Kunjungi :
Website : NAGAQQ
WHATSAPP : +855967014811
Line : Cs_nagaQQ
TELEGRAM :+855967014811
BACA JUGA BLOGSPORT KAMI YANG LAIN:
berita nagaqq/
agen bandarq online/
Kemenangan NagaQQ/