Posts

Showing posts from July, 2012

Lengan Wanita Itu Aurat dan Penyelesaiannya

Image
                                       Hamba yang tekun beragama memelihara auratnya dengan cemerlang:) Jadi adakah jalan alternatif yang memenuhi perintah wajib menutup aurat ini? Jawapannya, Ya, ada. Saya ada pilihan yang menarik untuk kaum wanita yang begitu tekun memelihara perintah agama ini. Sila lihat di bawah. KOD ISC Sunflower 01 Brand : Rana Asal dari : Syria Saiz : Melebihi sedikit aras siku Warna : Hitam Ciri-ciri: 1) Kainnya selesa dipakai 2) bersangkut di jari 3) bercorak jaring pada pergelangan tangan dan siku 4) tidak melorot jatuh dan menampakkan aurat sekitar pergelangan tangan.  Harga : RM7 Harga postage : Ikut berat. (Under 2kg : RM7)  KOD ISC Carnation 02 Brand : Rana Asal dari : Syria Saiz : Melebihi sedikit aras siku Warna : Hitam Ciri-ciri: 1) Kainnya selesa dipakai 2) bersangkut di jari 3) bercorak biasa pada pergelangan tangan dan siku 4) tidak melorot jatuh dan menampakkan aurat sekitar pergelan

Sibghah Allah (Celupan Allah)

Image
Juz to share and practice it! Faithful Love : Akak, kita perlu ada added value lagi kot. Contoh dialog, Ummi: 'Ni tangan siapa?' Anak: 'Tangan saya?' Ummi: 'Siapa bagi tangan ni?' Ummi dan Anak, jawab sama2 jika belum pernah memberitahunya: "Allah" Jadi kita jelaskan bahawa Allah yang bagi tangan ni dan nak tangan ni jadi baik/buat perkara2 yang baik. Allah berhak mengambilnya bila2 masa.. waAllahu'alam. Ape pendapat akak? Zizi Azlinda : betul2x...setuju sgt...apa yg nak dikongsikan ialah,kdg2 ramai atr kita wlupun ada tarbiah islam, masih terlupa didik anak2 dgn sabar dan memahami dev. stage mrk...jadi, brgsiapa yg ketemu AL-HIKMAH, maka kutiplah dan ambillah (spt hadis Nabi SAW), cuma kelebihan org yg disentuh dgn tarbiah, selitkan dan celuplah anak2 kita dgn sibgah Allah.bukan sahaja konsep tarhib tapi targhib.   Faithful Love : Akak lupa ape maksud 'tarhib' dan 'targhib'... Zizi Azlinda : tarhib = ancam

Masih Mengenai Tantrum

Image
By: Prof. Dr. Rozieta Shaary Salam semua, Alhamdulillah, ibu diberi Allah lima orang anak-anak yang baik dan cucu-cucu yang comel. Anak-anak ibu sudah besar dan ada yang sudah beranak. Anak nombor dua, Shaimaa', mengambil kursus Montessori dan ... banyak ilmu yang diraihnya dari kursus itu yang boleh digunapakai dalam pendidikan anak-anak. Namun apa yang lebih berharga ialah sebenarnya, semasa berusia 14 tahun lagi, dia sudah menjadi seperti ibu kepada anak ibu yang kelima. Dia banyak mengambil alih penjagaan adiknya kerana ibu sibuk dengan urusan kerja. Sifat keibuannya dan kematangannya telah banyak membantu ibu. Di bawah ini ibu sertakan inputnya mengenai tantrum ini. Sememangnya, ibu sangat kagum melihat cara dia membesarkan anaknya seorang yang sangat kuat semangat, aktif, tak menang tangan menjaganya : ). Pendekatan Shaimaa' penuh kasih-sayang, kelembutan yang tegas, kefahaman yang dalam mengenai psaikologi anak-anak, sabar, tegas dan bijak. Adakalanya, ib

Anak-anak dan Tantrum

Image
Wahai ibu bapa di luar sana (terutama yang muda)...tambahkan ilmu ttg psychology anak2 n fahami stage of development anak2..necsaya kita pasti lbh menyayangi dan menhargai kewujudan zuriat pewaris kita. Info kali ini berkenaan didikan anak-anak. Diperolehi dari facebook Prof. Dr. Rozieta Shaary . Tantrum: Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. ... Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu. Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang: 1- pegang dia seperti dalam gambar ini. 2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia. 3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda. 4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang 5- JANGAN

Marhaban Ya Ramdhan!!!

Image
Suatu petang di sebuah cafeteria university tempatan di Malaysia.  Pelajar A: Eei seronoknyer lagi sehari nak balik,rindu nyer nak rase masakan mak….hmm...best nyer xyah g kelas hari jumaat…. Pelajar B:   Eh awak ni fikir balik je... assignment dah siap ke... presentation dah ready ke... test berlambak2 ni, xsempat eh nak fikir pasal balik… Pelajar C: Eh korang ..sedar tak sedar lagi berapa hari kita nak puasa kan…. ape khabar dengan persiapan kita..? Asyik duk sibuk dengan hal dunia je ….sedangkan bulan nilah peluang kita nak gandakan pahala dan hapus dosa….. Bulan Sya'ban kian melabuhkan tirainya. Ramadan Kareem bakal menjelang tiba. Bagaimana dengan perasaan kita, persiapan kita dan segala-galanya tentang diri kita dan famili kita dalam menyambut Ramadhan yang melimpah-limpah dengan rahmat, keampunan dan keberkatan-Nya? Jika di Facebook, blog dan website, selalu dan rajin kita update status, bagaimana pula dengan status diri kita menyambu

Oh! Tarbiah Dzatiah

Image
Betapa kita wajib bersyukur kerana masih dipelihara Allah SWT hidup dalam udara iman dan Islam. Namun, semakin hari hati orang-orang islam hari ini kian dilanda   tsunami kegersangan iman. Ummat Islam sebenarnya hidup dalam iman yang sangat lemah. Bahkan kesihatan iman terlalu sakit dan kering sekiranya sudah berani berbuat maksiat terang-terangan. Saban hari, suara iman meronta-ronta minta diisi dengan makanan jiwa dan minuman tarbiyah islamiyyah. Masalah Sebenar kita Cuba kita ’pause’ sejenak...kita duduk bersama-sama sekejap dan beriman sejenak. Masya Allah! Kita ingat apabila kita sudah berada bersama-sama bersahabat dengan orang-orang yang berada di dalam proses tarbiyah islamiyyah, kita sudah masuk di dalam ’mesin’ tarbiyah tetapi mengapa amal ibadah kita semakin tenat? Solat kita semakin tidak khusyuk, Al-Quran kita tidak sampai satu juzuk sehari, zikir kita semakin berkurangan, doa yang kita baca selepas solah pun sekadar baca tidak memohon kepada Allah Taala sepenu

Bukan Orang Alim Saja Perlu Tarbiah

Image
Masya Allah! Tiada ungkapan yang mampu diucapkan apabila telinga ini menangkap berita-berita mengenai masalah kehancuran akhlak anak-anak muda hari ini. Perasaan terkejut mencekik aliran nafas ini apabila remaja berusia sepuluh tahun sudah tahu melakukan zina dan rogol mengganggap ia sebagai permainan sebagaimana dipelajari ketika bermain game di dalam komputer. Dalam dunia yang kononnya diiktiraf tingginya tamadun sains dan teknologi hari ini, berlambak-lambak ’game’ atau permainan yang direka lalu dimuatkan ke dalam komputer dan internet. Secara tidak sedar, sebenarnya game yang benar-benar mencabar ketinggian sebuah maruah peradaban ummah terlalu banyak. Salah satu daripadanya ialah game mengenai   bagaimana proses zina dan rogol. Astagfirullahal’azim! Seorang teman bercerita kepada penulis, yang dia ada terbaca surat khabar yang melaporkan, seorang kanak-kanak berusia sepuluh tahun selepas bermain game yang menghina agama itu mangajak adik perempuannya yang berumur lima ta

Mengapa Susah Bangun Pagi?

Image
Betapa sedih jika bangun dari tidur untuk solat subuh, jam menunjukkan sepuluh minit atau lima belas minit lagi pukul 7.00 pagi!   Ya Allah, Subuh tidak solat lagi! Tanpa membuang masa, langkah terhuyung-hayang mengambil berus gigi dan ubat gigi menuju ke bilik air lantas membersihkan diri dan mengambil wuduk.   Setelah solat subuh dilaksanakan, hati yang takut kepada Allah bermuhasabah tanpa paksaan. “Mengapa aku bangun lewat hari ini? Patutlah, aku tidak menjaga adab tidur semalam!” atau “Dosa apalah agaknya aku buat semalam yang memberatkan aku bangun lewat hari ini?” “Oh, inikah sahsiah seorang Muslim yang sebenar?” atau “Andai kata ada panggilan jihad sebelum subuh tadi, pasti aku orang yang paling rugi kerana terlepas peluang memburu pahala jihad!”. Ya Allah…Seolah-olah terpadam pelangi keceriaan pada hari itu. 1.       Dosa pada Siang Hari Memberatkan Badan Muhasabahlah, dosa apalah agaknya yang kita lakukan semalam sepanjang siang hari? Memang dosa yang kita l

Nyah Kau Malas!!!

Image
“Ya Allah, malasnya nak pergi kelas!” “Arrgghh!!! Malasnya nak masuk pejabat!” “Banyaknya baju tak basuh, berbaldi-baldi. Bilalah rajin nak membasuhnya?” “Keciknya tulisan buku ni, makin buat aku malas nak baca!” “Aku nak menulis, membaca, cari maklumat tapi malasnya! Esoklah!!!” Keluhan-keluhan yang biasa kedengaran dari bibir segelintir manusia yang diberi fakulti akal yang hebat, anggota badan yang sempurna dan kemudahan yang pelbagai di kiri dan kanannya. Namun masih sayangkan sikap malas yang berkurung di dalam diri. Tidak mahu menjadikan malas itu musuh utama untuk dibenamkan sedalam-dalamnya ke dasar bumi atau ke tengah-tengah lautan. Bahkan, bukan sahaja perlu dibenamkan masalah malas itu, malah wajib ke atas insan menghapuskannya sebelum ia menjadi darah daging. Tiada perkataan malas di dalam kamus seorang muslim. Apatah lagi bagi seorang penyeru manusia ke jalan Allah. Sesungguhnya, malas melemahkan ’ himmah’ seorang Muslim Musleh. Apabila tidak dihalang dar