Solat & Wuduk Wanita Yang Bermasalah Keputihan
Keputihan bagi kaum Hawa bukanlah suatu fenomena yang asing dalam kehidupan seharian mereka. Hampir setiap wanita mengenali sejenis cecair atau lender yang keluar dari vagina mereka. Jika direnungi, sebenarnya keputihan ini menjadi salah satu bukti keunikan penciptaan Ilahi dari segi perbezaan kejadian kaum wanita dari kaum lelaki. Bagaimanapun, isu keputihan dan kelembapan faraj ini perlu ditangani dengan baik kerana wanita yang mengalami masalah keputihan ini perlu mengetahui serba sedikit tentang hukum-hakam keputihan kerana apa yang pasti ia bukan sahaja melibatkan bab kebersihan diri wanita tersebut tetapi ia melibatkan hukum ibadat seseorang wanita. Mari kita mengenali apakah itu keputihan? Wujudkah perbincangan mengenainya di kalangan para ulama mahupun saintis?
Apa itu Keputihan dari segi Saintifik?
Keputihan atau nama Saintifiknya, Fluor Albus atau Leukore ialah suatu kondisi apabila sejenis cairan atau lendir yang berlebihan keluar dari vagina wanita. Dalam bahasa Inggeris, menerusi jurnal Medscape General Medicine dalam lawan sesawangnya mencatatkan keputihan mempunyai beberapa istilah seperti vagina, vaginal discharge, secretion, odors, discharge, pruritus, normal, irritation, itch, physical examination, healthy, asymptomatic, quantity dan physiology.
Jenis-jenis keputihan dari Sudut Saintifik
Keputihan terbahagi kepada dua jenis;-
Jenis–Jenis Keputihan
|
Ciri-ciri
|
Waktu keputihan keluar dari vagina
|
Keadaan Wanita
|
Kesan kepada Kesihatan
|
1. Keputihan normal (fisiologis)
|
Secara umumnya, keputihan ini biasa dialami oleh semua wanita. Ciri-cirinya tidak berbau, berwarna jernih seperti air, tidak gatal dan tidak banyak.
|
- Sebelum dan selepas waktu haid.
- Sewaktu berlaku ransangan seksual
- Sewaktu mengandung
- Kepenatan fizikal atau stress.
|
Tidak memberi kesan psikologi atau ketidakselesaan kepada wanita.
|
- Tidak member apa-apa kesan buruk kepada kesihatan.
|
2. Keputihan abnormal (patologis)
|
Secara umunya, warna keputihan sudah berubah menjadi keruh, berwarna kekuningan, kelabu dan hijau lumut. Baunya busuk dan hanyir. Keluar dalam jumlah yang banyak. Kadang-kadang keluar seperti air kencing disebabkan terlalu banyak.
|
- Bila-bila masa sahaja terutama apabila tidak menjaga kebersihan, stress, keletihan fizikal.
|
Wanita berasa amat tidak selesa dengan kewujudan keputihan abnormal
|
- Boleh berlaku radang pada saluran pundi kencing dan kegatalan pada sekitar vagina. Hal ini boleh menyebabkan kawasan vagina luka apabila gatal.
|
Cecair-cecair yang Keluar dari Qubul (Vagina) Wanita pada Pandangan Syariah.
Secara ringkasnya, keputihan boleh didefinasikan sebagai cecair berlebihan yang dirembes dari sistem peranakan perempuan akibat berlakunya perubahan hormon dalam badan wanita. Selain daripada darah haid, darah nifas dan darah istihadhah yang kelaur dari tubuh badan wanita, setelah penelitian dibuat dari segi pembacaan, survey dan pengalaman, boleh disimpulkan hampir semua wanita mengalami cecair-cecair yang keluar dari qubul mereka seperti yang tertera di bawah:-
ISTILAH CECAIR
|
HURAIAN SIFAT CECAIR
|
JALAN KELUAR CECAIR
|
1. Qassah al-baidha’:
|
Sebahagian ulama mengatakan ianya cecair putih yang keluar pada hari-hari akhir haid.
|
Keluar dari dalam faraj (pangkal rahim atau dinamakan cervix)
|
2. Kudrah:
|
Sejenis cecair berwarna keruh atau mungkin kalau boleh dikatakan ianya berwarna koko. Kadangkala keluar sebelum atau selepas haid.
|
Keluar dari dalam faraj (pangkal rahim atau dinamakan cervix)
|
3. Sufrah:
|
Cecair yang berwarna kuning. Kadangkala keluar sebelum atau selepas haid.
|
Keluar dari dalam faraj (pangkal rahim atau dinamakan cervix)
|
4. Kelembapan faraj (Rutubah al-faraj):
|
Jika diletak kain, akan kelihatan sedikit cecair yang melembapkan kawasan faraj. Kejadiannya ada hikmah yang tersendiri pada pandangan sains seperti mengekalkan sifat ekosistem faraj yang neutral. Ia tidak berbau.
|
Berada pada bibir faraj ataupun dinamakan vulva. Kewujudannya pada wanita umpama peluh pada badan atau air liur yang sentiasa ada. Cecair inilah yang dinamakan keputihan mengikut istilah orang awam apabila ia dirembeskan secara berlebihan dan berubah sifat-sifatnya.
|
5. Wadi:
|
Lendir putih yang keluar setelah kencing atau keletihan yang amat sangat akibat bekerja dan sebagainya.
|
Keluar dari dalam faraj (pangkal rahim atau dinamakan cervix)
|
6. Mazi:.
|
Lendir seperti air yang sangat jernih seperti air biasa tetapi ia likat sedikit yang keluar dari faraj wanita apabila teransang syahwatnya
|
Keluar dari dalam faraj (pangkal rahim atau dinamakan cervix)
|
7. Mani:
|
Lendir lembut berwarna putih atau kuning yang keluar ketika kemuncak syahwat saat bersetubuh. Mani tidak membatalkan wuduk walaupun ia keluar dari vagina.
|
Keluar dari dalam faraj (pangkal rahim atau dinamakan cervix)
|
Solat wanita yang keputihan terus-menerus
Bagi wanita yang mengalami keputihan yang sentiasa keluar, ia sudah dikategori sebagai abnormal dan berpenyakit. Justeru, hukum ke atasnya juga berbeza dengan wanita yang keputihan normal. Hukumnya sama sahaja dengan orang yang tidak lawas kencing dan juga mudah terkeluar angin. Jika keadaannya begini, sebaik sahaja azan, wanita yang keputihan abnormal mestilah membersihkan farajnya, berwuduk, memakai apa jenis pembalut atau dengan kata lain, mungkin memakai tisu, pad, kain atau panty liner khusus buat orang yang mengalami keputihan, kemudian terus mengerjakan solat (al-Fatawa al-Jaam’ah li Mar’ah al-Muslimah). Jika keputihan terkeluar sewaktu kita solat, maka itu tidak mengapa kerana ia di luar kawalan kita. Itulah sebabnya wanita seperti ini mempunyai hukum yang berbeza dari wanita-wanita biasa.
Adakah Keputihan itu najis?
Terdapat 2 pendapat berhubung persoalan pokok di atas. Adakah keputihan yang dialami oleh wanita itu najis atau tidak?
1. Jika keputihan/lembapan itu didominasi oleh air peluh, maka ia adalah bersih dan tidak dihukum najis (efiqh.mymkkk.org). Berdalilkan peluh itu tidak najis. Daripada Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh Muslim:
“Baginda Nabi masuk kepada kami dan tidur qailulah. Baginda berpeluh ketika tidur. Maka ibu ku datang dengan membawa bekas lalu menadah peluh baginda ke dalam bekas tersebut. Baginda Nabi terjaga dan berkata: Wahai Umma Sulaim, apa yang sedang engkau lakukan. Dia menjawab: Ini peluh mu. Kami ingin menjadikannya ia minyak wangi kami dan ia merupakan sebaik-baik wangian.” (Sahih Muslim)
Ibn Hajar al-Haitami di dalam kitabnya al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah mengatakan cairan atau lembapan yang wujud pada kawasan yang zahir iaitu pada dua bibir faraj itu bersih.
2. Jika keputihan/lembapan itu didominasi oleh cecair-cecair yang berlebihan yang keluar dari faraj samada pangkal rahim (cervix), rahim (uterus) atau faraj (vagina), maka ianya lebih condong kepada najis. Ia berdasarkan kaedah umum para ulama: “Setiap benda yang mengalir di dalam tubuh benda hidup, hukumnya najis. Seumpama darah, muntah, kencing dan lain-lain”. Bagaimanapun, sekiranya keputihan itu hanya benar-benar dipanggil najis apabila ia berpindah dari tempat asalnya iaitu dari dalam faraj kepada luar faraj. Selagi ia masih berada di dalam faraj, ianya tidak lagi digelar najis. Jadi, apabila keputihan/lembapan terembes secara berlebihan sehingga berubah ciri-cirinya daripada cecair jernih yang biasa kepada cecair yang keruh seperti kelabu, hijau atau kuning, berbau dan adakalanya berketul-ketul likat yang puncanya dari dalam faraj, maka ianya dihukum najis (al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah ‘ala mazhab al-Imam al-Syafi’e, jld 1, hlmn 42-43). Ketika inilah, wajib seseorang wanita itu memperbaharui wuduknya.
Pesanan daripada penulis, kepada setiap wanita yang mengalami keputihan abnormal, usah malu untuk berjumpa dengan doktor. Segera dapatkan rawatan untuk penyakit keputihan abnormal kerana mengikut para doktor, sekiranya tidak diubati, ia mungkin menyebabkan radang pada faraj dan pelbagai masalah lain lagi bakal timbul. Jagalah kesihatan anda agar dapat beribadat dengan lebih sempurna.
Penutupnya, penulisan ini dibentangkan mengikut pendapat-pendapat yang diambil dari ulama bermazhab syafie untuk memudahkan masyarakat terutamanya di Malaysia beramal memandangkan masyarakat di Malaysia mengikut mazhab syafie yang amat terkenal dengan ketegasan dan ketelitian al-Imam al-Syafie dalam hukum-hakam dalam perkara ibadat. Bagaimanapun, amat digalakkan kepada pembaca-pembaca membuat kajian dan penelitian berdasarkan ilmu bukan taklid atau ikutan semata-mata. Semoga ia berbuah pahala berganda dan redha Ilahi. Penulis terbuka kepada perbincangan dan teguran yang membina daripada para alim-ulama dalam usaha menjaga khazanah hukum-hakam Islam tetap terpelihara.
Zizi Azlinda Mohd Yusof
Assalamualaikum.. sye mengalami mslh keputihan n juga keluar angin dr bhgn tersebut.. sye sentiasa renew wuduq sye untk solat.. dlu sye xtahu kalau kuar keputihan n kuar angin dr hdpn batal wuduq.. skrg dsebabkan ia sering berlaku maka saya tidak solat teraweh.. sye takoy jd begitu dan jika sye solat myukarkan kerana pelu ke tnds 4-5 kali utk renew wuduq.. bagaimana situasi sya ini ... bagaimana sya bole buat teraweh 8 rakaat n 3 witir.. harap saudari dpt reply ...
ReplyDeleteHmm..kalo kluar angin dri depan..batal yeh..sye tngok video uai..die kate x batal..
DeleteBatal kalau angin ikut depan tubkeluar dari Kemaluan kita...lainlah kalau kita yakin angin tu bukan dari dalam kemaluan kita...wallahualam
DeleteKalau merujuk pd pandangan mufti..angin yg keluar dr bah depan tidak batal wudhu, kl puan ada kesukaran, boleh terawih dirumah utk perbaharui wudhu dan trs witir atau lebih afdhal witir ketika lepas solat tahajud, apapun kl boleh jgn tinggal terawih krn solat terawih byk fadhilatnya..sesiapa yg tgglkan sgt kerugian.
DeleteAssalamualaikum, setahu sy klu solat sunat brape rakaat pun x pe. Walaupun kite basuh skali shj... Wallahualam...
ReplyDeletekalau masa solat tu xde keputihan xpe la
Deletealhamdulillah,terima kasih
DeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteSy baru bersalin, dan sekarang hari ke 51, sudah tamat tempoh pantang. Darah nifas yg bewarna merah serta berlendir sudah habis keluar, tetapi masih ada lendiran jernih (menjadi hijau apabila kering) pula keluar. Ia bukan lah lendir seperti yg biasa keluar jika tidak haid dan berbau sedikit busuk. Adakah nifas sy sudah berhenti Dan bolehkah sy bersolat?
Dalam faraj tu bahagian mana?
ReplyDeleteSaya mengalamu keputihan sejak kebelakangan ini.Apakah faktor penyebab keluarnya keputihan? Adakah disebabkan tekanan emosi,pmakanan atau sebagainya..?Satu lagi soalan saya, jika saya mengalami keputihan..sedangkan saya sudah berwuduk..dan saya harus mengambil wuduk semula.adakah saya perlu menukar pakaian yang terkena cecair keputihan tersebut ?
ReplyDeleteup
DeleteAsslmlkm,saya mmpuyai masalah keluar angin di bahagia hadapn smnjak mlhrkn ank,sy dmklumankn perlu pakai pntiliner seblm wudhuk dn segera solat, dan perlu memperbaharui wudhuk tiap kali solat frdhu, bagaiman pula dgn solat2 sunat dan jika sya qada solat? Perlukh saya mmprbhrui wdhuk?
ReplyDeletealhamdulillah,terima kasih
DeleteAssalammualaikum warahmatullah. Saya ada beberapa soalan yg membingungkan saya selama ni. Sekiranya saya mengalami keputihan normal, tetapi ianya berbau dan terkena pada pakaian dalam saya adakah sah untuk dibawa solat ?
ReplyDeleteAssalamualaikum, sy ada pertanyaan. Lazimnya sebelum kedatangan darah haid, seseorang wanita itu akan ada mengalami keputihan selam 2-3 hari dan ianya normal menurut pd sudut kedoktoran. Soalan sy, adakah waktu itu, wanita ini masih boleh bersembahyang, atau ia sudah dikira berada didalam keadaan hadas besar? Bagaimana pula kalau.keputihan yg dtg itu ianya sama seperti darah haid iaitu keluar tanpa dpt dikawal dan dlm keadaan yg agak byk sehingga perlu.memakai pelapik. Adakah ia dikira dlm keadaan berhadas besar?
ReplyDeletesalam. wanita yang didatangi keputihan samada banyak atau sedikit jumlahnya, boleh solat dan puasa seperti biasa lagi. tetapi, mesti pakai pelapik/pad sebelum solat. wanita begini jatuh dalam hukum berpenyakit seperti kencing x lawas, selalu kuar angin dan juga istihadah.
ReplyDeleteJika keputihan terkena ke seluar dalam tetapi kita membersihkan dulu adakah sah
Deletealhamdulillah,terima kasih
DeleteDieana Ibgdrgn: tak batal solat walaupun angin keluar semasa solat sebab mereka dikategori sebagai berpenyakit. namun, sebaik sahaja selesai solat, dikira batal dan kena amik wuduk baru utk solat.
ReplyDeletekeputihan atau dalam bahasa sains kita panggil candida. ia normal bagi wanita tetapi ia mesti dirawat kerana ia disebabkan bakteria. faktor utama juga adalah disebabkan pemakanan kita. bakteria jenis ini sangat suka benda manis. makin kita makan manis, makin dia jadi teruk. wallahua'lam.
ReplyDeletealhamdulillah,terima kasih
Deletesolat sunat boleh dilakukan seperti biasa bagi yang keputihan terutama solat sunat sebelum dan solat sunat selepas, solat sunat wuduk.
ReplyDeletebegiu juga solat qada'. habis solat qada' dikira batal. wallahualam.
Anonymous: mazhab hanafi berpendapat sah solat meskipun keputihan. namun, tulisan saya di atas berdasarkan sedikit kajian sains. jadi, saya lebih memilih pendapat mengatakan keputihan itu najis dan tidak sah solat jika pakaian terkena najis. wallahua'lam.
ReplyDeletekalo ade dua pendapat boleh ke kita pilih nak ikut mana satu..??sy keluar cecair jernih masa subur dan agak banyak, masa solat dia keluar, sy pakai pelapik tapi saya nak solat lagi iaitu solat qada.. nak kena wuduk balik ke? kalo saya nak ikut pandangan yang kata tak batal wuduk boleh ke?? tolong ye..
Deleteassalamualaikum,,,saya berumur 16 tahun...dan saya dah mengalami keputihan daripada saya mula mula ma'zurah....sampai sekarang...bagaimana saya nak solat 5 waktu jika masalah keputihan saya terus keluar,,,sebab saya baru dapat tahu jenis keputihan saya jenis abnormal....bagaimana saya nak lakukan???mohon penjelasan dari akak ye.... :) :)
ReplyDeleteallahu....
Waalaikumussalam, kebetulan sy singgah disini, jadi utk pertanyaan di atas tntg masalah keputihan. Lebih baik saudari pakai pantyliner, kalau nak solat tukar dan basuh anggota tersebut. Prof pernah cakap kt sye, kalau contoh kita takde pantyliner ke, kita juz pakai seluar dalam, nanti sbelum solat, buka dan basuh tempat keluar keputihan tu, jgn pakai seluar dlm yg ade keputihan tu dlm solat, lepas solat pkai balik, tpi agak susah sbb asyik kena ke tandas setiap kali sebelum dan slepas solat. Make sure basuh, sbb nk solat kena bersih. Tambahan, adik boleh cuba try produk utk wanita, produk utk mencuci bahagian tersebut, ade jual bnyak cuma kena pandai pilih la yea, sebaiknya ambil yg herbal wash punya, mungkin dpt membantu, klau dah cuba ikhtiar tpi tak boleh, dan keputihan tu still keluar masa tgh solat, xleh nk buat ape lah, sbb diluar kemampuan kita. Utk pertanyaan yg lebih jelas, cuba tnya ustazah.. bende ni pnting tau. Moga dpt menjawab persoalan adk, sy ni bukan pemilik blog, tpi tergerak hati utk share ape yg sy tahu. Wallahu'alam.
ReplyDeletealhamdulillah terima kasih
Deletesebenarnya, masalah keputihan ini berpunca dari cara pemakanan kita dan juga cara penjagaan kebersihan alat sulit kita. org yg keputihan sgt tidak boleh makan maknan yang ada gula putih. boleh cari gula perang, stevia atau molasses untuk ganti gula putih. tak boleh makan biskut2 manis, air2 yang macam2 di restoran yg sedap tu..sbb yis kat dalam vagina sangat suka manis. dan amalkan diet probiotic. boleh google mcammna diet probiotoc. wallahualam.
ReplyDeletex apa klu keputihan keluar time solat (jika wanita tersebut dikategori sbg keputihan abnormal). tapi, utk solat fardu seterusnya, kena perbaharui wuduk balik tapi sebelum tu, kena bersihkan tempat keluar keputihan tu bersih2.
ReplyDeletekalau keputihan keluar ketika sedang berwudhu bagaimana ya? sedangkan saya dah usaha basuh banyak kali kemaluan saya, saya dh pastikan mmg bersih, tapi waktu berwudhu ada lagi yang keluar, mohon penerangan saya mohon sangat2
DeleteSaya mengalami keputihan ..nk kata byk ,tk byk sgt , tetapi ia tk berbau ..kekadang saya tengah duduk tk buat apa apa pun dia keluar jgk...klau keputihan seperti ni adakah najis dan macam mna nk tahu dia keluar dari faraj atau tak ? Maaflh tanya soalan seperti ni , saya confuse..:)
ReplyDeleteAssalamualaikum puan. Bermakna utk tmpt yg keluar keputihan itu dibersihkan maka tmpt yg terkena keputihan iaitu seluar dalam perlu dibersihkan juga ye?????
ReplyDeleteAssalamualaikum puan. Bermakna utk tmpt yg keluar keputihan itu dibersihkan maka tmpt yg terkena keputihan iaitu seluar dalam perlu dibersihkan juga ye?????
ReplyDeleteminta maaf lama tak respon. saya tak sangka ramai wanita2 yang sgt eager utk menggali ttg masalah keputihan. kepada puan yang bertanya macam mana nak tahu itu keputihan atau tidak...spt dlm yg saya tulis dalam artikel di atas, keputihan ini ciri2nya kaler putih, berbau atau tidak bergantung pada tahap kritikal keputihan itu. biasa klu kaler dah bertukar kpd hijau atau perang, akan ada bau. berdasarkan kpd situasi puan iaitu tgh duduk pun boleh terkeluar, itulah keputihan. tetapi kalau tiada kaler putih dan bila kita check, hanyalah cecair yang tiada kaler, dalam kitab fiqah, ulama menamakannya sebagai rutubah atau maksudnya kelembapan. kelembapan itu tidak najis. ia normal dan perlu bg vagina. kalau ada kaler spt kaler kertas A4 tu, sahihlah itu keputihan.
ReplyDeleteMmg eager. Sb kdg tu was2. Xtau jenis cmni ok ke. Jenis cmni x ok ke. Mslhnye ialah x bpe kenal jenis2 cecair y keluar dr faraj tu. Dan mslh kentut depan. Sy bl da bingung sgt, mmg sy re-wuduk je semula bl nk solat fardhu semula. Tah tu keputihan ke, lembapan ke.
Deleteberbau di seluar dalam adakah dia keputihan ? sebab saya tak tahu bau apa nak kata air kencing rasanya tak . harap akak ii reply
DeleteNur Hanis Bt Meor: Ya, betul. vagina kita mesti dibersihkan dan seluar dalam pun kena bersih sebab syarat sah solat ialah suci dari najis. tapi slps pakai pelapik/pad/seluar dalam bersih, dikira sah solat walaupun terkeluar kelputihan tersebut krn ia sudah dikira berpnyakit dan di luar kawalan kita. wallahua'lam.
ReplyDeleteSekiranya kita memakai semula seluar dalam yg dah dibasuh tu,sah ke solat kita ? sebab saya punya keputihan tak terkawal
Deleteklu seluar dalamtersebut dah bersih stlh dibasuh, maka bolehlah pakai. dan sah solat. cuma, yis dari keputihan blh jadi semakin subur. sbb lembap.
DeleteAssalammualaikum sis..kalau sy dh cuci seluar dalam..lepas tu ambik wudhuk dgn seluar dlm tu..sah ke wdhuk saya tp sy ada buka seluar dlm sy sebelum solat..
DeleteKalau nak solat terawih macam mana, perlu ke 4@5 kali ambil wuduk (8 rakaat terawih, 3witir) Perlu ke selepas solat isyak mengambil wuduk semula untk solat terawih atau teruskan sahaja?
ReplyDeleteMaksud saya utk sesiapa yg mengalami keputihan normal
Deletesalam..sy keliru dgn keputihan dan lendir yg bercampur coklat..adakala putih nyer biasa dan adakala putih nya bercampur warna...sering terjadi bila hampir tiba masa utk kitaran haid yg baru..sy keliru..ptot kah sy meneruskn solat dan berpuasa?
ReplyDeleteSaya pon bermasalah sebegini.. Harap puan dpt jelas kan.. Keliru di buat nye..
DeleteSaya pon bermasalah sebegini.. Harap puan dpt jelas kan.. Keliru di buat nye..
Deletemenurut fahaman saya diatas, dan membaca komen tuan punya blog, jika kita rasa ianya kluar semasa menunaikan solat, maka teruskan solat, jika puasa pula, puasa tidak akan terbatal atau pun tk boleh puasa, ianya seperti najis kencing bukan seperti hadas haid, sebelum menunaikan solat bersihkan keputihan di faraj kita mahupun di seluar dalam (jika terkena), saya pakai pantyliner tapi kadang terkena juga pada kain seluar dalam, saya membasuh seluar dlam jika tak bawak seluar dalam baru, jika bawak seluar dalam sebaiknye tukar sahaja dan pakai pantyliner..
DeleteAssalamualaikum..sy nk tny kalau keluar keputihan..kita basuh bhg faraj je tapi x tukar panti liner..sah ke??
Deleteassalammualaikum , nak tanya kalau ada bau di seluar dalam tapi takde keputihan adakah tu tanda ii bau keputihan atau bukan ? harap akak ii reply 🥰
Deleteassalamualaikum. sy nk tanya. kalau keluar keputihan ketika mengaji adakah perlu berhenti dan mengambil wudu' semula?
ReplyDeletesaya pun mngalami keputihan...tapi xsure jenis apa..nak kata jernih tak..warna putih..bau xla busuk tapi mcm ada bau..selama ni saya tak tahu ia mmbtalkan solat..jahil sungguh...adakah saya perlu mengqada balik solat2 sebelum ni...
ReplyDeleteutk lgkh brjaga2, boleh qada semampu yg mgkin. insha allah.
DeleteTq untuk prkongsian.
ReplyDeleteTq untuk prkongsian.
ReplyDeleteTq untuk prkongsian.
ReplyDeleteKalau kanak² 12 tahun ada cecair kuning dan putih tu mcmana? Normal atau tidak
ReplyDeletePenerangan yg sgt telus.. Tq..
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya nak bertanya. Saya baru habis haid tetapi sehari kemudian keluar cecair berwarna kuning coklat. Saya dah mandi wajib. Cuma saya malu nak bersama suami. Boleh ke saya hamil jika saya bersama suami dgn keadaan ini? Perlu ke saya bertemu doktor utk dapatkan rawatan? Perkara ni baru berlaku kepada saya. Terima kasih puan utk respon puan nanti.
ReplyDeleteAssalamualaikum...kalau keputihan normal..tp xlekat pd pantyliner..so kne ambik wuduk baru ke?
ReplyDeleteAssalammualaikum... lately terasa kluar cecair seperti air putih jernih mengalir especially selepas kencing atau semasa rukuk atau sujud.. saya x pasti jenis keputihan apakah ini? bole bantu saya? Saya tetapkan hati ianya keputihan... mohon pencerahan ye.. tk
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak.saya mengalami masalah di mana saya dapati selepas saya solat pepejal yang seakan berwarna putih kotor di bahagian tersebut tetapi ianya kering . saya terpaksa bersihkan bhgn tersebut kemudian berwuduk dan bersolat berulang kali. saya tidak pasti sekiranya perkara ini boleh dikategorikan sebagai berpenyakit atau keputihan abnormal.keadaan ini amat menyukarkan apabila saya sambung belajar kelak. pada pandangan kakak adakah ianya boleh dikategoriakan sebagai berpenyakit ataukeputihan abnormal. sebab setelah saya baca blog kakak saya dapati kesemua jenis keputihan yang dinyatakan adalah dalam bentuk cecair bukan pepejal.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya ingin bertanya sedikit soalan tentang masalah keputihan yang saya alami. Selepas selesai mengambil wuduk. Cecair keputihan tersebut terkeluar tanpa sengaja apabila saya menukar seluar saya. Adakah wuduk saya masih sah ataupun saya perlu mengambil wuduk semula? .sekian. terima kasih.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum siz...ku brumur 16 nih...ku ada mslh keputihan abnormal...yanya sudah lama kluar...sdh ku jga dgn baik tetapi masih blum ilg keputihan ku ani...canathtu? Dn setiap sblum smbhyg mstikah tukar pad?
ReplyDeleteAssalam kak, saya nak tny..lps buang air kecik saya basuh dan ambil wuduk..bila tengah solat..ada air keluar dri kemaluan..menitik-nitik..sah ke solat saya? Selalu jadi macam ni..
ReplyDeleteSatu lgi..adakah najis air yang keluar tu?
DeleteSy mmg tgh buntu, rimas n stress dgn keputihan ni. Mmg betul, keputihan is candida albican. N mmg betul gula putih makanan candida. Sbb tu keputihan sentiasa ada. Terima kasih utk info ini, segala keraguan sy dah terjawab. Islam itu mmg indah!
ReplyDeleteSalam sis, sy mmg ada keputihan abnormal. Tapi perkara yg sy musykil adalah bila sy check panty liner, ada keputihan beserta satu garis darah yg sgt halus. Soalan sy,adakah ianya dikira najis? Perlukah saya mandi hadas? Jawapan dr cik amatlah sy hargai bagi menjawap kemusykilan sy ini. Terima kasih.
ReplyDeleteAlahmdulillah bagusnya info dan pertanyaan-pertanyaan. Saudari, Zizi Azlinda, bermakna apa sahaja keputihan membatalkan wudu kecuali mani. kerana saya selalu berpuasa dan ada wuduk sehingga ke Marghrib.Selama ini , walupun keputihan keluar saya solat tanpa ketahui wudu itu telah batal dan perlu diambil kembali untuk solat.
ReplyDeleteSaudari Zizi, tolong response ye .
Terima kasih
Assalam..saya juga mengalami masalah keputihan..saya duduk di asrama and setiap waktu mlm,saya kene ke surau utk solat maghrib and isyak. Tempoh antara maghrib and isyak tu,kemungkinan keputihan saya keluar..saya nk pegi tandas tapi tandas sentiasa full..Ramai beratur jugak,jadi saya selalu x bersihkan :( bagaimana yer?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalamualaikum.
ReplyDeletetolong la respon.. betul ke sebahagian ulama mazhab syafie ade kata keputihan tak najis, saya keputihan yang warna putih mcm kertas tu bercampur dgn yg jernih, boleh x ikut pendapat yg kata x najis tu. lepas solat fardhu sy nk kena bnyk qada solat ni..
Saya mengalami keputihan. Setiap kali saya basuh keputihan tersebut dan lap guna tisu , masih terdapat sisa2 keputihan. Adakah saya perlu membasuh semula ataupun hanya perlu dilapkan guna tisu sahaja?
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya mengalami keputihan abnormal. Adakah saya perlu membersihkan seluar dalam dan memperbaharui wuduk setiap kali solat? Kalau solat tetapi tak mencuci atau ganti seluar dalam adakah solat saya sah? Bagaimana jika saya berpuasa? Adakah batal puasa saya? Perlukah mandi wajib? Maaf kerana saya kurang jelas.
ReplyDeleteSy wanita yg suka aktiviti lasak seperti mendaki gunung yg mengambil masa berhari2. Perlukah sy membersihkn kemaluan sblm wusuk dan solat atau berwuduk terus dan solat. Rasanya agak sukar utk sy bersihkn kemaluan semasa d dlm hutan sblm bersolat.
ReplyDeleteassalamualaikum...saya nak tanya..adakah solat saya ni sah?kerana selepas solat saya tengok ada keputihan yang keluar..saya rasa was2 sama ada ianya keluar masa saya sdg solat atau tidak..patutkah sy ulangi solat saya?mohon saudari dpt reply
ReplyDeletecuci sblm solat, cuci berwuduk dan trus solat, kira keluar ketika solat tidak perlu dibersihkan lagi, ini yg sy faham dr penjelasan diatas
DeleteSalam...saya ingin bertanya...apakah hukum wuduk saya, jika kentut vagina atau cecair keluar pada waktu mengambil wuduk sedangkan saya sudah memakai tisu dan menyebabkan saya berulang2 Kali mengambil wuduk disbbkn ianya keluar setiap kali mengambil wuduk?
ReplyDeleteAssalamualaikum sye masih di sekolah menengah dan sye ade persoalan yg amat penting.klu seseorang imam itu mengalami keputihan ttp die tetap mengimamkan makmumnye adakah solat makmum2nye juge ikot terbatal dan adakah dosa2 makmumnye ditanggung olehnya disebabkan solat yg tidak sah? Mohon pencerahan drpd sis..������
ReplyDeleteSalam, saya taktau sama ada saya mengalami keputihan abnormal ataupun tidak . Tapi setiap kali saya solat , saya rasa ada cecair dan angin yang keluar melalui faraj saya . Jadi , kadang2 saya terpaksa renew solat dan wuduk saya banyak kali. Situasi ni membuat saya penat kerana terpaksa renew wuduk . Macam mana ye? Adakah saya patut biarkan? Atau renew wuduk saya ?
ReplyDeleteAssalamualaikum,saya mahu bertanya jika seluar dalam sudah terlekat dengan keputihan yang berwarna setelah itu telah dibasuh adakah sah dibawa solat?
ReplyDeletesah jika sudah dibersihkn
Deletepastikan warna dan bau tidak ada lagi
ReplyDeleteSelalunya kalau kena selluar dalam, seluar yg kita pkai trrkena jugak ke?
DeleteAssalamualaikum, saya ade keputihan abnormal dan saya tahu kena basuh dahulu sebelum solat. tetapi apabila di luar, kadang kala, saya tiada masa nak basuh sebelum solat sbb tak sempat, banyak kerja.Jadi dapat solat mcm itu je yang sempat. Jadi bagaimana ye?
ReplyDeleteKalau kena seluar dalam saja seluar pun kena ganti ke?
ReplyDeleteAssalamualaikum saya nak tanya , kalau orang yg keputihan ni dia sembahyang fardhu lepas sembahyang fardhu tu dia terus nak sembahyang qadha perlukah dia mengambil wudhu semula ?
ReplyDeleteAssalamualaikum...perlukah saya buang panty liners yg dh ada keputihan semasa hendak solat??adakah sah wuduk n solat?
ReplyDeleteAssalammualaikum..saya alami keputihan jernih yg agak bnyk..bila setiap kli nk solat wajib atau solat sunat perlu ke saya cuci keputihan itu guna air atau bolehkah saya hanya cuci guna tisu dibasahkn tukar sluar dlm ambil wuduk dn solat..terima kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum.. saya mengalami keputihan normal. Setiap kali saya nak solat, saya akan bersihkan dulu kemaluan guna air dan lap pakai tisu. Then saya akan pakai pantyliner. Lepas solat, saya check mesti akan ada keputihan tersebut. Tp keputihan tu tak kena pantyliner pun. Cuma ada di kawasan kemaluan saya saje. Setiap hari mesti saya akan kena 2 atau 3 solat fardhu mcmni. Selalu saya akan solat balik sbb takut tak sah. Ada satu tahap, saya penat sbb nak ulang2 then saya biarkan je. Mcmna dengan solat saya ye?
ReplyDelete