Petanda Suci Selepas Haid & Nifas


Menjelang hari-hari akhir tempoh haid & nifas, warna darah haid & nifas akan beransur-ansur berubah kepada warna yang lebih cerah. Menurut jumhur ulama, terdapat dua cara untuk mengetahui dan memastikan bahawa seorang wanita itu sudah suci dari darah haid & nifas iaitu:

1.    Keluar cecair berwarna putih (Qassah al-Baidha’

Setelah warna darah telah beransur-ansur berubah menjadi warna cerah, pada hari terakhir haid, akan keluarlah sejenis cecair berwarna putih dari qubul wanita. Hal ini dibuktikan melalui hadith daripada Aisyah r.anha:

 “Beberapa wanita mengirim kain kapas berwarna kekuningan bekas darah haid. Mereka bertanya, ‘Apakah mereka sudah boleh mengerjakan solat?’ Mendengar soalan itu, Aisyah menjawab: ‘Jangan terburu-buru hingga kamu melihat cairan berwarna putih’” (Riwayat Malik)

 2.    Kering (Jaff)

Selain dari petanda keluarnya cairan berwarna putih dari qubul wanita yang suci dari haid & nifas, terdapat satu lagi petanda suci iaitu kering dari sebarang warna darah. Ia boleh diperiksa dengan memasukkan sejenis kain kapas berwarna putih ke dalam vagina. Jika tiada sebarang tanda darah yang keluar, maka wanita tersebut bolehlah bersegera mandi wajib (ghusul) dan menunaikan ibadah-ibadah yang diharamkan baginya sepanjang tempoh haid & nifas.
Dua petanda suci di atas berdasarkan hadith dan juga istiqra’ yang dilakukan pada satu-satu zaman oleh ulama mereka. Ternyata ia amat menjadi panduan kepada wanita hari ini.

Keluar Cecair Keruh atau Kuning selepas Mandi Wajib?
Wanita mesti bersegera mandi wajib sebaik sahaja mendapati dirinya telah suci dari darah haid dan nifas melalui dua petunjuk yang telah dibahaskan. Bagaimanapun, terdapat sebilangan wanita yang mengalami situasi yang mana keluar pula cecair keruh atau kuning selepas wanita tersebut mandi wajib.

Dalam situasi itu, wanita tersebut tidak lagi dikira haid atau nifas kerana cecair yang keluar selepas tempoh waktu haid atau nifas tidak lagi dikira berada dalam haid atau nifas. Hal ini dipersetujui oleh para ulama berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Ummu ‘Athiyah r.anha yang bermaksud:

“Kami tidak mengira cecair keruh dan kuning yang keluar setelah berhentinya darah haid (sebagai darah haid)”  (Riwayat Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Majah).

Keluar Cecair Keruh atau Kuning beberapa hari sebelum haid?
Ramai juga wanita yang mengalami keluarnya cecair keruh atau kuning beberapa hari sebelum haid. Dalam kes seperti ini, wanita tersebut tidak lagi dikira haid dan dia wajib mengerjakan ibadah berdasarkan hadith Ummu ‘Athiyah di atas.

Jika seorang wanita itu keluar cecair berwarna hitam dan berbau busuk (bukan cecair keruh atau kuning) tepat dalam tempoh haidnya (sekiranya dia mempunyai adat tempoh haid), maka wanita tadi telah dikira haid. Hal ini kerana darah haid biasanya akan bermula dengan warna hitam atau merah pekat seakan-akan hitam.

Seringkali kita bertemu dengan wanita-wanita yang mengalami tempoh darah haid yang tidak teratur atau putus-putus. Insya Allah kita akan bicarakannya dalam isu akan datang.

Comments

  1. Kadang tu mmg confuse time yg betul betul boleh mandi hadas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena yakin+adat+tamyiz (pandai bezakan sifat darah)

      Delete
    2. Assalamualaikum, saya sudah mndi nifas dan wiladah. Saya juga telah berpuasa tetapi hari kedua berpuasa keluar cecair berwarna kuning tidak bnyk sedikit sahaja. Saya nk tnya adakah cecair kuning tuh masih termksd dalam drh nifas atau wiladah? Lepastu adakah sah puasa saya pada hari tersebut?

      Delete
  2. asalam saya ingin bertanya jika melakukan hubungan sex pada hari terakhir haid boleh mengandung ke..?? penerangan please.. tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu ovul tu... Subur sgt. InsyaAllah

      Delete
    2. Mana boleh buat hubungan waktu haid walaupun dah kering..haram hukumnya

      Delete
    3. Kena bg darah haid dah habis dulu dan dan mandi wajib dulu baru boleh buat sex dgn suami

      Delete
    4. Haram menyekalikan mandi wajib selepas haid dan mandi junub. Kalau ye pun dau suci mesti mandi mandi haid dulu baru boleh sex lepas tu mandi junub pulak. Haram sex dlm keadaan isteri belum angkat hadas dari haid.

      Delete
  3. Salam. Bagaimana jika Keluar Cecair Keruh atau Kuning selepas Mandi Wajib tetapi masih dlm tempoh nifas iaitu belum smpai 60 hari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut adat kebiasaan puan, brp jmlah hari nifas ? jika 60hari, maka cecair keruh blh jdi nifas lagi.

      bagaimanapun, klu kita kategori keputihan mcm tu, ia adalah keputihan bkn lagi nifas.

      wallahu alam.

      Delete
    2. ikut adat kebiasaan puan, brp jmlah hari nifas ? jika 60hari, maka cecair keruh blh jdi nifas lagi.

      bagaimanapun, klu kita kategori keputihan mcm tu, ia adalah keputihan bkn lagi nifas.

      wallahu alam.

      Delete
    3. Tmpg tnye, mksud kategori keputihan tu merujuk pada org yg biasa kputihan ke? Dan wrna yg keluar semasa sdg nifas sperti wrna kputihan.yeke?

      Delete
    4. Ya maksud keputihan yg saya maksudkan itu ialah orang yg biasa keluar keputihan pada hari2 normal tidak haid.

      Delete
  4. asalam saya ingin bertanya jika melakukan hubungan sex pada 2 hari sebelum haid boleh mengandung ke..?? penerangan please.. tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, itulah waktu2 yg subur utk mengandung. tapi kalau darah haid kuar, tak mengandunglah...

      Delete
  5. assalam,

    sy mempunyai masalah keputihan bewarna kekuningan,jadi agak mengelirukan semasa hari terakhir haid, sekiranya pagi dah nampak warna cecair putih , tengah hari keluar kekuningan.adakah saya harus menangguh lagi mandi wajib.. sy jadi ragu bila saya boleh mandi wajib. harap dapat membantu. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penjelasan dalam blog ini sgt membantu bin-sahak.blogspot.my bab toharah wanita

      Delete
    2. Sprti yg saya tulis dlm artikel di atas, lendir putih ialah petanda suci. Jika nampak lebdir putih kuar maka bersegeralah mandi wajib. Dan jika slps mandi wajib ada kluar lendir kuning, maka kuning itu tak dikira lagi haid. Dalilnya blh rujuk dlm artikel.

      Delete
    3. Warna lendir putih tu maksudnya warna putih jernih ke atau warna putih macam warna soya?

      Delete
    4. Salam bgiamna pula klu keluar cecair coklat bkn cecair kuning selepas dh mndi wajib adakah hukumnya sama shj dgn keluar cecair kuning slps mndi wajib, terima kasih

      Delete
  6. Salam... saya mempunyai masalah keputihan jadi pada amnya menentukan bila harus saya mandi wajib sangat sukar.... soalan saya, cecair menandakan sucinya saya dari haid adakah bewarna putih atau jernih... dan kalau putih bercampur jernih bagaimana pulak?? Kalau dia warna putih putih bukan jernih macam mana pulak? Harap admin boleh membantu kerana saya terkelirubyang teramat... resah selagi belum mandi wajib... :( harap boleh bantu segera syukran :D

    ReplyDelete
  7. Salam..sy nak tanya kemusykilan saya..saya skrg 26hari dalam pantang..semalam dah mandi wajib..lepas tu keluar cecair kekuningan/coklat muda...itu dikira darah nifas ke?cecair itu juga mempunyai sedikit bau

    ReplyDelete
  8. Sy sdh mandi wajib sblm keluar cecair putih tu.. Jadi kena mandi wajib sekali lagi ke ?

    ReplyDelete
  9. ya, mandi lagi skali stelah nmpk keluar lendir putih.

    ReplyDelete
  10. Salam..saya sudah 44hari berpantang.tetapi masih keluar cecair berwarna kuning kehijauan?kadang2 keluar dengan banyak kadang2 sesikit..adakah itu masih dikira darah nifas atau tidak?mohon pencerahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantang 44hari tu mksudnya nifas 44 hri ke? Petanda suci nifas samda kluar lendir ptih atau kering. Mazhab syafie menetapkan tempoh plg lama nifas 60 hari.

      Delete
  11. Saya nak tanya. Sebab saya keliru. Kalau cecair kuning yang keluar dalam tempoh haid 14 hari tu. Dikira haid. Atau saya dah boleh mandi wajib?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petanda suci samda kluar lendir putih or kering. Bagaimanapun syeikh ibn soleh uthaimin berfatwa klu dia mmg jenis kluar keputihan yg brwarna kuning dia dah blh mandi wajib. Tapi sblm tu saudari ada x bilangan hri yg lazim klu dtg haid?smua pkra prlu diambil kira.

      Delete
    2. Seandainya saya punya kebiasaan kitaran haid 15 hari.. tapi waktu hari ke 8 saya tidak keluar darah.. tetapi keluar kekuningan semasa hari ke 9.. bagaimana ye perlu mandi wajib ke semasa hari ke 8 tu

      Delete
  12. Saya nak tanya. Sebab saya keliru. Kalau cecair kuning yang keluar dalam tempoh haid 14 hari tu. Dikira haid. Atau saya dah boleh mandi wajib?

    ReplyDelete
  13. As salam..puan
    saya dh 2x mandi wiladah,selepas 44 hari saya mandi dn solat.selepas beberapa hari kluar lg skit cecair kuning tu keluar selang beberapa hari lg..perlu saya tunggu 60 hari?..sb deliver anak2 sebelum ini..rasanya lepas pantang saya terus mandi dan solat dn x keluar apa2 lg..TKasih

    ReplyDelete
  14. As salam..puan
    saya dh 2x mandi wiladah,selepas 44 hari saya mandi dn solat.selepas beberapa hari kluar lg skit cecair kuning tu keluar selang beberapa hari lg..perlu saya tunggu 60 hari?..sb deliver anak2 sebelum ini..rasanya lepas pantang saya terus mandi dan solat dn x keluar apa2 lg..TKasih

    ReplyDelete
  15. Assalam, kalau macam dia keluar darah merah kekuningan, adakah dia masih dikira haid?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya agak musykil darah haid saudari merah kekuningan?slagi ada merah selagi itulah saudari haid.wallahualam.

      Delete
  16. Assalam puan, mcm mana pula jika seseorang itu keluar lendir kekuningan sekitar pkl 5 petang semasa haidnya,maka berapa lamakah masa yg perlu ditunggu utk dia mandi wajib?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shingga kluar petanda suci iaitu samda lendir putih atau kering. Petanda ni ikut wanita. Ada org suci dgn lendir putih. Ada org cukup kering shj.wallahualam.

      Delete
  17. As salam puan sy nak tnya awal tu selepas period kekuningan keluar tapi xbnyk. Sy sudah mandi wajib. Lepas tu keluar coklat yang.adakah itu masih dikira haid.???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam puan..apa petanda suci yg membuatkan puan mandi wajib? Sbb klu kuning kena tggu smpi keluar lendir putih atau kering barulah blh mandi.

      Delete
  18. As salam puan sy nak tnya awal tu selepas period kekuningan keluar tapi xbnyk. Sy sudah mandi wajib. Lepas tu keluar coklat yang.adakah itu masih dikira haid.???

    ReplyDelete
  19. Askm.saya nak btanya. Hari ini saya dah 60 hari berpantang...saya yakin darah nifas sudah kering dan bersih. Dan terus mandi wajib habisnya nifas. tiba2 waktu ptg masih ada lagi cecair kekuningan... adakah itu masih darah nifas atau tidak???

    ReplyDelete
  20. Askm.saya nak btanya. Hari ini saya dah 60 hari berpantang...saya yakin darah nifas sudah kering dan bersih. Dan terus mandi wajib habisnya nifas. tiba2 waktu ptg masih ada lagi cecair kekuningan... adakah itu masih darah nifas atau tidak???

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum..Kebiasaan saya dtg haid selama 7/8 hari dan keputihan saya pulak warna kekuningan, pd hari ke 9-12,keputihan saya yg biasanya warna kuning keluar,tp pada hari ke13, terdapat cecair kuning/coklat(saya tak yakin warnanya). Adakah saya patut mandi wajib lagi?

    ReplyDelete
  22. Assalam..sy dh mndi nifas hr ke 39..hr ni 44 hr sy kencing kuar mcm drh sedikit..tp sy cuba korek kemaluan ade cecair putih..keputihan..itu dikira drh nifas atau tidak ye..tq

    ReplyDelete
  23. Terima kasih atas penerangan yg sgt membantu.. Semoga dirahmati Allah sentiasa..

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. Assalam saya nak tnya.

    saya dah habis period dah tiada darah pada pad.
    Pada hari ke10 sy mnd wajib, then keluar lendir putih.
    Dan apabila saya selesai mnd wajib, ada lg lendir putih keluar, perlu ke saya mandi wajib lagi?



    pada hari sebelum period pun ada keluar lendir putih.

    Adkah saya subur?

    dan perlukah saya dptkan rawatan doctor?

    ReplyDelete
  26. Salam....saya guna iud & period saya agak panjang... bila saya agak stress..period tersekat2 & bersambung next cycle... saya baru lps habis period 2 minggu lepas.. seminggu ini discharge ada bercampur dgn darah dan saya agak ragu2 utk sembahyang... sudah beberapa kali saya mandi utk sembahyang... macamana hukum nya?

    ReplyDelete
  27. Salam....saya guna iud & period saya agak panjang... bila saya agak stress..period tersekat2 & bersambung next cycle... saya baru lps habis period 2 minggu lepas.. seminggu ini discharge ada bercampur dgn darah dan saya agak ragu2 utk sembahyang... sudah beberapa kali saya mandi utk sembahyang... macamana hukum nya?

    ReplyDelete
  28. Salam....saya guna iud & period saya agak panjang... bila saya agak stress..period tersekat2 & bersambung next cycle... saya baru lps habis period 2 minggu lepas.. seminggu ini discharge ada bercampur dgn darah dan saya agak ragu2 utk sembahyang... sudah beberapa kali saya mandi utk sembahyang... macamana hukum nya?

    ReplyDelete
  29. Saya nak tanya, cecair jernih atau putih dekat ?

    ReplyDelete
  30. Salam.. Saya ada masalah dlm kitaran haid yg bermaksud darah keluar pd tempoh haid tu mesti tak pernah kurang dari 10 hari dan pernah lebih dari 15hari .. Tapi baru2 ni saya dah didatangi haid selama 13 hari, kemudian bersih (mmg dah kering seperti penjelasan puan diatas) selama 5 hari... Lepas tu hari ke 6 yg seharusnya saya SUCI tu keluar lagi cecair coklat (dgn texture yg sgt cair)
    . tu kira macam mana ye ?.. Mohon penerangan, Ianya dikira masih darah haid atau darah istihadah ?

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum...ketika membuang air kecil keluar cecair putih ..saya rasa haid saya mungkin dah habis dan kemudian saya mandi wajib selapas itu saya membuang air besar dan saya dapati ada cecair darah.. adakah itu dikira sebagai darah haid??waktu sebelum haid pun pernah juga cecair merah keluar ketika membuang air besar??saya sangkakan itu adalah haid..jadi saya pun tidak melakukan solat tetapi selapas cecair darah itu keluar selepas membuang air besar saya dapati tiada cecair darah itu keluar adakah saya perlu bersolat atau tidak..

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum dan salam ramadhan puan Zizi,

    Saya ada masalah haid tidak teratur, hari ni dh msuk hari ke16, di mana masih lagi ada lendiran2 coklat. Tetapi hanya kluar semasa buang air kecil dan ianya hanya melekat pada pantyliner pada waktu siang, klau malam tidak keluar apa2 lgsg pada pantyliner? Harap puan dpt membantu.macam mana hukum nye tu? Bagaimana sy nak tahu yg iaitu darah haid atau istihadah? Terima kasih

    ReplyDelete
  34. Salam, saya setiap kali datang bulan, mesti risau bab bila suci ni. Risau sebab takut saya berdosa kalo terawal mandi wajib atau terlewat mandi wajib. Kitaran haid saya 27 hari normal tiap2 bulan. Kebiasaannya period saya akan keluar hingga hari ke-4. Kemudian tiada apa2 yang akan keluar. Cuma sepanjang hari ke 5-7, apabila sy check vagina dgn putik kapas, masih ada saki baki darah yang agak keruh di dinding vagina. Kadang2, tompokan kecil darah kotor berwarna agak hitam akan keluar di hari ke 7 di seluar dalam. Soalan sy adalah:
    a) berdosakah saya sekiranya tidak mandi wajib pada hari ke-5 itu walhal di seluar dalam sudah tidak keluar apa2?
    b) batalkah puasa saya sekiranya sy masukkan tisu dalam vagina ketika azan subuh berkumandang? Tujuan utk check sudah suci atau belum. N kebetulan kesan tisu itu bersih n putih warnanya.
    C) bagaimana hendak hilangkan rasa was2 dalam hati apabila menentukan suci atau tidak dari haid?

    Terima kasih atas bantuan Puan..

    ReplyDelete
  35. Salam
    Saya sudah 48 hari berpantang.pada hari ke 44 saya sudh mndi wajib setelh dapati tiada darah dan lndir putih sedikit.
    Namun padi hari ke 47 trdpt cair kuning/coklat
    Adakah saya perlu tggu hingga hari ke60 untuk pastikn tiada cecair kuning/coklat?
    Saya telah masuk kn kpas putih namun tiada darah.
    Adakah cecair kuning yg dinyatakan dalam dalil diatas diterima setelah saya mndi wajib?

    ReplyDelete
  36. Assalam, betul ke ada orang kata selepas 3 waktu solat haid kering baru mandi wajib pastu solat

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum.
    Saya nak tanya..sy tgh keliru skrg ni..hari ni ari ke 12 kitran haid sy..hari ke 11 sy yakin kluar cecair yg putih dan jernih tp hari ke 12 tiba2 ade ketulan kecil warna keruh(coklat)..adakah keadaan sy skrg ni dlm tempoh haid atau dah suci? sy mmg berharap pertolongan dr saudari

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum, sy nak tanya pada hari ke 10,sy check dah berhenti keluar.. And bila tengok waktu zohor sewaktu sy membasuh bahagian sulit saya, saya mendapati terdapat ketulan kecil darah berwarna hitam and terdapat keputihan ..adakah sy dikira suci or still haid?

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum,
    Saya nak tanya. Jika pada hari ke 10 dah keluar lendir kekuningan dan saye dah kering dari darah haid selama 2 hari. Selpas itu saya mandi wajib. tetapi pada hari ke 12 masih lagi kluar sdikit cecaid bewrana coklat. Adakah ia masih dikira haid? Saya musykil setiap kali haid. Haid saya biase kering pada hari ke 8. tetapi biasenye pada hri ke 10 atau hari ke 12 ade keluar lagi lendir coklat. Persoalannya saye kna mandi tak hri ke 8 tu? Dan saye x perasan pula pasal cairan putih. Jadi saya guna petanda dah kering. X mandi rase berslah, mandi pulak rasa x kena. Terima kasih puan atas bantuan dan perkongsian

    ReplyDelete
  40. saya pun ada masalah sama piriet cmtu
    susah sbb nk puasa ni kan.

    ReplyDelete
  41. keluar cairan putih yng cair dikira bersih?atau hanya cairan putih pekat shj dikira suci?

    ReplyDelete
  42. Assalam..sy nk tnya..sy tgh berpantang.hari ni 41 hari..semlm,40 hari ada kluar dri miss v sy warna hitam..tapi,x berbau & kering..x basah & x berlendir..sorry,bila sy pegang dia mmg kering...mcm pasir²..hncur lh..sy pelik x skit pulak..

    ReplyDelete
  43. Ramai yg keliru dlm bab haid nifas dan istihadhah. Jom kita belajar terus dr kitab..byk persoalan terungkai

    https://m.youtube.com/watch?v=hHfeFZ1krjU&list=PL2wYHRC7F9Snm8t10pwll1UjyJpFcBdfC&index=10

    Ada 15 jam semuanya. InsyaAllah byk kekeliruan terjawab

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum

    Nak bertanya, macam saya selalunya.. hari ke 8 dah kering haid,tak da cecair coklat atau kuning keluar dan sy check lagi menggunakan cotton bud utk pasti kering dan x ada saki baki tinggal dan cotton bud tu menunjukkan ia bersih tak ada tanda saki baki cecair. sy mandi wajib dan solat macam biasa.
    tapi esok nya hari ke-9 ada keluar cairan kuning.. situasi ini berlaku selalu tapi sy anggap sebagai cairan normal sebab sy juga mengalami keputihan pada waktu2 biasa.

    Soalan saya, sekarang ni saya jadi keliru betul kah cairan kuning yg keluar hari ke-9 tu cairan normal atau masih lagi haid? Kadang-kadang sy was-was sebab ia dekat2 dgn waktu haid.

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum,

    Saya hendak bertanya,
    1) cairan putih yg dimaksudkan adalah putih benang atau putih jernih?
    2) kapas yg kering dari sebarang warna darah atau kapas yg betul2 kering dari sebarang cecair?

    Mohon pencerahan. Terima kasih

    ReplyDelete
  46. Selepas mandi Hadas besar nifas.. pastu Saya bersama dan mlm kuar lendir putih .. mcmana ya?

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum.. ustzah.. sy dh abis haid pada hari ke 9.. skrg hari ke 13 masa buang air kecil ada kluar lendir merah ckit . Mcm tgah hari.. ptg mlm x kluar.. sllu subuh sy mandi wajib.. pas tu tgh hari kluar mcm tu lagi.. dh 3 4 hari mcm ni.. so mcm mne ya.. blh ke solat mcm biasa atau kira darah haid

    ReplyDelete
  48. Darah keluar sehingga hari ke 7..hari ke 8 kering..hari ke 9 keluar cecair kuning hingga hari ke 13 ..adakah cairan kuning itu di anggap darah haid..kerana keluar sebelum 15 hari tempoh haid

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum,saya nak tanya kalau saya nak pastikan period saya ada @ tak menggunakan cotton bud adakah saya kena mandi wajib,sebab ikutkan tarikh period belum datang lagi,dlm 3,4 hari baru tarikh datang bulan,sebab saya 7 hari sebelum datang bulan,ada macam darah lendir merah skit sangat,saya ingat mungkin dah datang bulan,tapi bila 2 hari lepas tu xde dah darah .so saya mandi wajib la,saya cek menggunakan cotton bud..adakah saya perlu mandi wajib @tidak perlu lagi ye .

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Solat & Wuduk Wanita Yang Bermasalah Keputihan

Part 2: Berkenalan dengan 3 Jenis Ubat Pencair Darah yang digunakan di Malaysia kepada Ibu Mengandung dan Selepas Bersalin