Kesempurnaan Solat




  • Definasi Solat
Menurut Imam al-Ghazali lagi, solat ialah suatu ibadat yang penuh dengan kata-kata doa dan munajat serta zikir-zikir pujian terhadap Allah s.w.t. Oleh yang demikian ketika bersolat, seseorang itu bukan sahaja melakukan rukun-rukun af'al mahupun rukun qauli...tetapi memerlukan juga kesedaran hati (Qalbi) agar sentiasa sedar dan ingat bahawa Allah melihat gerak geri hambaNya. Kita juga hendaklah sentiasa sedar tentang keagungan Allah serta sedar juga tentang kekurangan diri sebagai hamba Allah dalam melaksanakan perintahNya (solat). Bermula dengan kesedaran tersebut maka akan timbullah perasaan khusyuk di dalam solat bahkan di luar solat.

  • 2 syarat dharuri
 1. Baligh
 2. Berakal
“Yang membezakan antara mukmin dengan kafir ialah meninggalkan solat” (Riwayat Muslim)
  • Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu
Dunia
1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Sakaratul Maut

1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar (su’ul khatimah)
3. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Alam Barzakh 

 1. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
4. (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)
Hari Qiamat

1.Hisab keatasnya menjadi sangat berat
2. Allah SWT tersangat murka kepadanya.
  • Sebahagian Cara Khusyuk
  1. Niat untuk khusyuk
  2. Diam pergerakan- pusatkan seluruh anggota badan&lisan pada solat. (tatkala  Nabi melihat seorang  lelaki bermain-main  dengan  janggutnya  dalam  sembahyang,  maka  sabdanya, 
     “Jikalau  khusyuk hati lelaki itu, nescaya khusyuk  segala anggotanya.”  
    Maka Nabi menyatakan, “Bahawasanya khusyuk  anggota  itu  daripada  khusyuk
    hati. Dan tiada sempurna sembahyang dengan ketiadaannya.” 
  3. Fahami makna ayat Quran dan hayatinya.
  4. Usaha sungguh-sungguh untuk khusyuk solat
  5. Rukuk&sujud, hendaklah toma’timah (rukun solat; tinggal rukun=tak sah solat); orang yang mencuri dalam solat.
  6. Qada’ hajat; kentut, lapar
  7. Buang sifat mazmumah
  8. Perelokkan wudhuk; amalkan yang sunat
Umar bin al-Khattab r.a pernah berkata: "Adakalanya seorang Muslim mencapai usia lanjut hingga janggutnya beruban, namun solatnya tidak ada yang sempurna untuk Allah S.W.T. Kemudian ada orang bertanya: "Apa sebab solat orang itu tidak sempurna?. Umar menjawab :"Kerana ia tidak menyempurnakan khusyuk dan tawadhuknya serta tidak pula menghadapkan diri sepenuhnya kepada Allah S.W.T...
Mafhum ayat Allah berbunyi....
 "orang-orang yang LALAI dalam solat" : Surah al-Maaun : ayat 5.
Hassan al-Basri berpendapat, firman Allah s.w.t tersebut membawa maksud " orang yang lalai waktu solatnya hingga hampir habis waktu." Ada pula sebahagian pendapat yang lain menyatakan maksudnya ialah " Orang yang bila solatnya di awal waktu ia tidak merasa senang dan bila solatnya di akhir waktu ia tidak merasa sedih. Bahkan ia tidak menganggap menyegerakan solat sebagai suatu kebaikan dan tidak pula menganggap penundaannya sebagai suatu dosa."
Tak seronok solat lama, kita tidak bersungguh-sungguh hendak khusyuk.
Solat-hadiah istimewa dari israk mikraj yang dilalui oleh Rasulullah. Rasulullah pulang dengan membawa 5 waktu solat setelah waktu asalnya ialah 50.
Rasulullah menyebarkan pada para sahabat hadiah itu dan mereka menikmati solat dengan khusyuk.
Para sahabat tahu solat bukan hadiah biasa kerana solat itu cara seorang hamba berhubung dengan Tuhannya.

Penutup: Sebuah Renungan bersama...
Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?
”Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu’ zahir dan batin.”
Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?” Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air”.

Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.
Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”

“Setiap bacaan dan doa didalam solat aku fahami maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. Tamat.
Saudara-saudari, ketahuilah...
 “Orang yang  khusyuk; di hari akhirat solatnya putih bercahaya-cahaya. Orang tidak khusyuk; keluar dari solat, hitam kelam dan dicampak ke atas mukanya kembali amalan itu & dicampak seperti mencampak kain buruk,”-al-hadith
  • 2 golongan tidak solat;-
1) malas/sibuk; klu mati: kubur islam blh tulis, "si fulan seorang yang malas solat".
2) solat tak wajib; cukup dgn niat; kafir blh bunuh, lps bunuh buang dalam hutan.

  • Contoh Kekhusyukan Solat Para Sahabat r.anhum
1. “Apabila Abdullah bin Az-Zubair sudah mendirikan shalat,” tutur Ibnu Qudamah dalam Mukhtashar Minhajul Qashidin, “maka seakan-akan ia adalah sebatang pohon, karena khusyu’nya. Saat dia sujud lalu ada beberapa ekor burung yang hinggap di punggungnya, maka hal itu tak membuatnya terusik.”
2.  Ali bin Abu Thalib tak kalah khusyuknya. Ketika suatu saat ia terkena panah, sahabat lain hendak membantunya mencabut anak panah itu. Saat itu belum ada obat bius yang bisa meringankan sakit. Sudah tentu mencabut anak panah akan sangat menyakitkan rasanya. Namun Ali punya kiat tersendiri. “Biarkan aku shalat,” katanya, “ketika aku di tengah shalat nanti, cabutlah anak panah ini. Ia takkan terasa apa-apa.”
3.   Rasulullah kembali dari peperangan Dzatur Riqa’, beliau beristirahat bersama seluruh pasukan muslim pada suatu jalan di atas bukit. “Siapa yang bertugas kawal malam ini?,” Tanya Rasulullah.
“Kami, ya Rasulullah!” jawab Abbad bin Bisyr dan Ammar bin Yasir. Mereka lalu membagi jadwal, Ammar bin Yasir istirahat dulu sementara Abbad bin Bisyr berjaga, lalu sebaliknya.
Suasana malam sunyi, tenang, dan angin yang berhembus sepoi serta suara alam membuat Abbad juga ingin menikmati penjagaan itu bersama Rabbnya. Ia pun shalat. Dan dalam sekejap ia telah khusyu’ menikmati berduaan dengan Rabbnya. Tiba-tiba, dari sebuah arah melesatlah anak panak tepat mengenai Abbad. Abbad mencabut panah itu sambil terus tenggelam dalam shalat. Panah datang lagi mengenai tubuh Abbad, dan ia mencabutnya lagi. Darah telah bercucuran namun Abbad tetap nikmat dalam shalatnya. Kemudian panah melesat lagi mengalirkan darah lebih deras. Setelah mencabutnya, tibalah giliran jaga Ammar bin Yasir. “Bangun, aku terluka parah dan lemas!” Melihat Ammar bangun, si pemanah segera pergi. Ammar menyaksikan darah Abbad mengucur dari tiga lubang luka. “Subahanallah! Mengapa engkau tidak membangunkan ketika panah pertama mengenaimu?” Tanya Ammar.
“Aku sedang membaca surah dalam solat. Aku tidak ingin memutuskan bacaanku sebelum selesai. Demi Allah! Kalaulah tidak karena takut akan menyia-nyiakan tugas yang dibebankan Rasulullah, menjaga mulut jalan tempat kaum muslimin berkemah, biarlah tubuhku putus daripada memutuskan bacaan dan solat.”
4.   Seorabg sahabat  sedang solat  di dalam kebun pohon tamar  baginya. Maka terbang burung daripada satu pohon kayu kepada satu. Dan jadilah  ia  menilik kepadanya.Maka  melalaikan dia daripada sembahyangnya.  Maka  tatkala diketahui akan dirinya lalai. Maka dijadikan  kebunnya  semua fisabilillah  kerana  ia  melalaikan  dia daripada sembahyangnya. 

Wahai insan, sedarlah kita ini sedang beratur untuk pulang kepada Allah. Apabila tiba masanya, roh akan berpisah dari jasad. Tetapi, kita meninggalkan amanah yang berat di belakang. Peliharalah solat kerana ia bekalan hidup kita. Solat perkara pertama akan ditanya Allah pada hari kiamat. Tazkirah ini khusus buat diriku yang dalam perjalanan menuju redha-Nya. Wahai diriku, beramallah dengannya!

Comments

Popular posts from this blog

Petanda Suci Selepas Haid & Nifas

Solat & Wuduk Wanita Yang Bermasalah Keputihan

Part 2: Berkenalan dengan 3 Jenis Ubat Pencair Darah yang digunakan di Malaysia kepada Ibu Mengandung dan Selepas Bersalin