Kesempurnaan Solat

Definasi Solat Menurut Imam al-Ghazali lagi, solat ialah suatu ibadat yang penuh dengan kata-kata doa dan munajat serta zikir-zikir pujian terhadap Allah s.w.t. Oleh yang demikian ketika bersolat, seseorang itu bukan sahaja melakukan rukun-rukun af'al mahupun rukun qauli...tetapi memerlukan juga kesedaran hati (Qalbi) agar sentiasa sedar dan ingat bahawa Allah melihat gerak geri hambaNya. Kita juga hendaklah sentiasa sedar tentang keagungan Allah serta sedar juga tentang kekurangan diri sebagai hamba Allah dalam melaksanakan perintahNya (solat). Bermula dengan kesedaran tersebut maka akan timbullah perasaan khusyuk di dalam solat bahkan di luar solat. 2 syarat dharuri 1. Baligh 2. Berakal “Yang membezakan antara mukmin dengan kafir ialah meninggalkan solat” (Riwayat Muslim) Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu Dunia 1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya. 2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada