Meraih Mahabbatullah Melalui Kasihkan Jiran…Bagaimana caranya?
Benarkah dengan mengasihi dan berbuat baik kepada jiran,kita boleh meraih mahabbatullah (cinta Allah)? Bagaimana mungkin dengan bersikap ihsan terhadap jiran mampu menuai cinta Allah? Apa kaitannya? Bukankah jika kita menjaga ibadah wajib, banyak menunaikan ibadah sunat, membaca Al-Quran dan gemar menuntut ilmu sudah mampu menerbitkan rasa cinta kita kepada Allah dan Allah juga cinta kepada golongan-golongan itu? Hurm…bukahkah lewat amal-amal keislaman itu sahaja sudah mencukupi?
Islam menggariskan agar menjaga hubungan dengan Allah (hablu minal
Allah) dan hubungan dengan manusia (hablu minas nas). Dengan itu, Allah
Taala bukan sahaja menyeru manusia agar menyembah Allah Taala bahkan Dia juga memerintahkan
ummat manusia berbuat kebaikan sesama manusia hatta kepada jiran tetangga
samada yang dekat mahupun jauh. Lihatlah ayat suci al-Quran berikut.
Maksudnya:
“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan
berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim,
orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu
sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang
sombong dan membangga-banggakan diri.”
(Surah al-Nisa’ 4: 36)
Betapa
pentingnya perbuatan memuliakan jiran, Allah SWT merakamkan di dalam kitab suci
al-Quran agar berbuat baik terhadap tetangga. Selepas perintah menyembah Allah
Taala dan jangan sesekali menyekutukan-Nya, terus datang perintah berbuat
kebaikan kepada manusia. Ingatlah barangsiapa yang setia menuruti perintah-Nya,
maka Allah pasti menyayangi dan mengasihinya. Seorang pencinta akan menuruti
apa sahaja kehendak yang dicintai. Kemudian datang pula penjelasan dan
penerangan daripada Rasulullah SAW mengenai perilaku memuliakan jiran.
Mari kita sama-sama meneliti apa kata Junjungan kita, Muhammad (SAW)
berkaitan dengan jiran!
عن
أبي هريرة رضي الله عنه أنّ رسول الله صلّى الله عليه وسلّم قال: من كان يؤمن
بالله واليوم الآخر فلا يؤذي جاره، ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو
ليسكت
Abi Hurairah RA berkata bahwa Rasulullah SAW telah bersabda: "Barangsiapa beriman kepada Allah
dan hari akhir, hendaklah jangan menyakiti hati tetangganya.
Dan barang siapa beriman kepada Allah swt dan hari akhir, hendaklah berbicara
yang baik atau berdiam diri (sekiranya tidak bisa berbicara baik)." (HR.
Bukhari dan Muslim).
عن ابن
عمر رضي الله عنه قال: وَمَا زَالَ جِبرِيلُ عَلَيهِ السَّلاَم يُوْصِيْنِيْ بِالجَارِ
حَتَّى ظَـنَنتُ أَنَّهُ سَيُوَرِّثُهُ
Ibnu Umar RA berkata, bahwa Rasulullah SAW telah
bersabda: "Malaikat Jibril berkali-kali memberikan wasiat kepadaku tentang urusan dengan tetangga, hingga aku
menyangka bahwa tetangga akan dijadikan ahli waris." (HR. Bukhari dan Muslim).
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: مَنْ كانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ كانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ .
Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda: “Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan
hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah
dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman
dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Kategori Jiran dalam Islam
Sempurnanya Islam sehingga siap menjelaskan
martabat jiran itu sendiri. Jiran terbahagi kepada tiga sebagaimana di bawah:
i) Jiran Muslim (mempunyai pertalian
keluarga)
Jika jiran itu Muslim dan dalam masa yang
sama, mempunyai pertalian keluarga dengan kita, maka jiran tersebut mempunyai hak
jiran, hak Islam dan hak kerabat ke atas kita.
ii) Jiran Muslim – Sekiranya jiran itu
seorang Muslim, maka jiran memiliki hak jiran dan hak sesama Muslim.
iii) Jiran Bukan Muslim – Sehingga jika
jiran itu ialah jiran yang ukan Islam, Islam masih menetapkan bahawa jiran
tersebut mempunyai hak jiran ke atas kita
Bagaimana caranya kita meraih cinta Allah
dengan menjaga hak-hak jiran?
·
Menziarahinya ketika sakit
·
Memberi makanan yang dimasak kepada jiran
·
Tidak menyakiti hati jiran tetangga
·
Mengiringi jenazah jika jiran meninggal dan
menyembahyangkan mereka
·
Bangunan rumah yang dibina tidak menghalang
angin memasuki rumah jiran
·
Ihsan pada jiran - hadiah, salam, senyum
ketika berjumpa, tolong ketika susah dan lain-lain.
Renungilah dan selamat beramal!
Oleh,
Zizi Azlinda Mohd Yusof.
Comments
Post a Comment