Meraih Mahabbatullah Melalui Kasihkan Jiran…Bagaimana caranya?

Benarkah dengan mengasihi dan berbuat baik kepada jiran,kita boleh meraih mahabbatullah (cinta Allah)? Bagaimana mungkin dengan bersikap ihsan terhadap jiran mampu menuai cinta Allah? Apa kaitannya? Bukankah jika kita menjaga ibadah wajib, banyak menunaikan ibadah sunat, membaca Al-Quran dan gemar menuntut ilmu sudah mampu menerbitkan rasa cinta kita kepada Allah dan Allah juga cinta kepada golongan-golongan itu? Hurm…bukahkah lewat amal-amal keislaman itu sahaja sudah mencukupi? Islam menggariskan agar menjaga hubungan dengan Allah ( hablu minal Allah ) dan hubungan dengan manusia ( hablu minas nas ). Dengan itu, Allah Taala bukan sahaja menyeru manusia agar menyembah Allah Taala bahkan Dia juga memerintahkan ummat manusia berbuat kebaikan sesama manusia hatta kepada jiran tetangga samada yang dekat mahupun jauh. Lihatlah ayat suci al-Quran berikut. Maksudnya: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua oran